Judul : Remaja Ini Maut Kerana Cas Telefon.. Awas!
link : Remaja Ini Maut Kerana Cas Telefon.. Awas!
Remaja Ini Maut Kerana Cas Telefon.. Awas!
Ibu mangsa, Jamaiyah Hamizah, tidak dapat menahan sebak ketika melihat jenazah anaknya, Mohd. Aidil Azzahar yang maut akibat renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit di Kampung Gaing Baru, Pedas, hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
REMBAU 4 Dis. - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di rumahnya di Kampung Baru Gaing, Pedas, dekat sini semalam.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa Mohd. Aidil Azzahar Zaharin ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di lantai bilik tidur oleh ibunya kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
"Ibu mangsa, Jamaiyah Amizah yang pulang dari bekerja cuba mengejutkan anaknya tetapi mangsa tidak bergerak dan seluruh badan anaknya sejuk. Pemeriksaan ke atas tubuhnya mendapati tiada kesan lebam atau luka tetapi di telinga sebelah kiri terdapat kesan darah.
"Selain itu sebuah telefon bimbit yang sedang dicas ditemukan berdekatan mangsa. Fon telinga pula masih terpasang di telinga kiri dan terdapat kesan terbakar," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Anuar Bakri berkata, mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berhati-hatilah, cas telefon pun boleh membawa maut!
Sobat baru saja selesai membaca :
Remaja Ini Maut Kerana Cas Telefon.. Awas!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Remaja Ini Maut Kerana Cas Telefon.. Awas! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Remaja Ini Maut Kerana Cas Telefon.. Awas! link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/12/remaja-ini-maut-kerana-cas-telefon-awas.html