Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi.

Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi.
link : Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi.

Baca juga


Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi.

PADA 13 Julai 2018 yang lalu, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah mengunjurkan akan berlaku satu Himpunan Umat Islam mengulangi himpunan seumpamanya yang telah berlaku pada tahun 1946. Himpunan ini digembeling sebagai tindak balas Umat Islam terhadap usaha DAP yang berterusan berusaha merealisasikan gagasan Malaysian Malaysia dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) pada hari ini. DAP secara terang dan sembunyi cuba untuk merungkaikan empat sendi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontrak sosial terbentuknya negara ini.
 Hasil carian imej untuk himpunan Icerd
Imej yang berkaitan
Pada hari esok, 8 Disember 2018, Himpunan Umat Islam tersebut benar-benar akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Himpunan yang digerakkan oleh UMMAH, gabungan NGO-NGO Melayu-Islam, turut menarik penyertaan dua parti yang terbesar di Malaysia iaitu PAS dan Umno, serta akan turut disertai oleh ramai tokoh-tokoh negara yang terkenal. Diyakini himpunan kali ini akan mengulangi himpunan besar Umat Islam seperti pada tahun 1946, yang seterusnya akan menjana kesan yang besar kepada lanskap politik Malaysia.
 
Meskipun perkara yang menarik Umat Islam berhimpun pada kali ini adalah untuk menolak ICERD, hakikat sebenar perjuangan mereka ialah untuk menghumban gagasan Malaysian Malaysia yang didukung oleh DAP. Selama mana DAP terus memperjuangkan gagasan tersebut seperti mana yang tersurat dalam Perlembagaan DAP dan menjadikan Deklarasi Setapak sebagai matlamat mereka, maka ancaman seumpama ICERD ini ke atas Umat Islam tidak akan berakhir. PPP melihat ICERD ini hanya satu instrument untuk mencapai gagasan Malaysian Malaysia.
 
Sehubungan dengan itu, PPP mendesak DAP meninggalkan gagasan Malaysian Malaysia yang mereka warisi daripada PAP, sebagaimana yang dipelopori oleh Lee Kuan Yew sewaktu Singapura berada dalam Malaysia. DAP harus meminda perkara-perkara tertentu dalam perlembagaan parti itu, yang berkaitan langsung dengan gagasan Malaysian Malaysia yang mereka perjuangkan. Perjuangan DAP tersebut jelas bertentangan dengan empat tonggak dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontrak sosial terbentuknya negara Malaysia yang aman dan saksama.
 
Sekiranya DAP berterusan memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka Himpunan Umat Islam pada 8 Disember 2018 esok hanyalah sebagai satu permulaan. Sekiranya DAP enggan berbuat sedemikian, dengan kedudukan mereka sebagai parti yang mendominasikan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-kerajaan Negeri, diyakini mereka akan terus berusaha merealisasikan gagasan tersebut secara terang atau sembunyi. ICERD adalah satu contoh usaha mereka secara terang yang mengundang kemarahan Umat Islam.       

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
 7 Disember 2018/29 Rabi`ulawwal 1440 
HARAKAHDAILY 7/12/2018


Sobat baru saja selesai membaca :

Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/12/himpunan-anti-icerd-hanya-satu.html

Subscribe to receive free email updates: