Judul : PTPTN: Himpunan Mega Jika K'jaan Masih Angkuh -GAMIS
link : PTPTN: Himpunan Mega Jika K'jaan Masih Angkuh -GAMIS
PTPTN: Himpunan Mega Jika K'jaan Masih Angkuh -GAMIS
KUALA LUMPUR - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) memberi amaran untuk mengadakan himpunan bantahan lebih besar sekiranya kerajaan PH masih angkuh melaksanakan polisi pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa menzalimi anak muda.
Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, ini kerana para mahasiswa berasa terlalu kecewa dengan sikap Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan yang didakwa tidak berusaha mencari jalan penyelesaian dalam hal itu.
“Apa yang kami perjuangkan bukan sekadar menuntut kerajaan PH tunaikan janji, bahkan ia adalah keperluan yang mendesak buat semua graduan IPT untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN sehingga ekonomi mereka stabil seperti yang dijelaskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
”Kami mahasiswa kecewa dengan sikap beliau yang telah menikmati gaji yang besar namun malas berfikir untuk mencari jalan keluar daripada polisi yang menekan anak muda khususnya graduan IPTA dan IPTS di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Himpunan anjuran Gamis itu antara lain bagi menggesa kerajaan mewajibkan pembayaran balik PTPTN ke atas individu bergaji RM4,000 ke atas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa berarak tuntu janji PTPTN]
Pada masa sama, Muhammad Faizzuddin berkata, pihaknya bersedia untuk membantu PTPTN dalam mencari penyelesaian sekiranya pengerusi agensi itu masih terbuka hati untuk menunaikan janjinya.
“Beliau terlalu banyak memberikan alasan, sibuk mencari salah orang lain dan tidak nampak usaha yang dilakukan untuk meminda polisi yang menekan anak muda.
“Gamis kecewa dengan sikap ambil mudah beliau yang terlalu malas untuk mengadakan sidang meja bulat bersama pemegang taruh di seluruh Malaysia. Apa yang beliau sibuk lakukan selepas menikmati gaji yang besar ialah menjaja di merata tempat bahawa mekanisme untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN adalah mustahil,” katanya. (SH)
Sobat baru saja selesai membaca :
PTPTN: Himpunan Mega Jika K'jaan Masih Angkuh -GAMIS
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PTPTN: Himpunan Mega Jika K'jaan Masih Angkuh -GAMIS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PTPTN: Himpunan Mega Jika K'jaan Masih Angkuh -GAMIS link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/11/ptptn-himpunan-mega-jika-kjaan-masih.html