Judul : Perang Ukraine-Rusia Bakal Meletus?
link : Perang Ukraine-Rusia Bakal Meletus?
Perang Ukraine-Rusia Bakal Meletus?
Dua kapal milik pelayar Ukraine yang dirampas diletakkan di pelabuhan Kerch, Ukraine, kelmarin. REUTERS
KIEV 28 Nov. - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam memberi amaran mengenai ancaman ‘perang dalam skala besar’ antara negara itu dengan Rusia, selain mendakwa Moscow meningkatkan kegiatan ketenteraannya di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Krisis tersebut turut mengancam kegagalan hubungan diplomatik apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk membatalkan sidang kemuncak dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Trump dijangka mengadakan pertemuan dengan Putin dalam Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires pada hujung minggu ini.
Namun, beliau memberitahu kepada Washington Post bahawa proses pertemuan itu bergantung kepada keputusan laporan mengenai konflik antara Rusia dengan Ukraine yang disediakan oleh penasihat keselamatan AS.
“Saya tidak mahu mana-mana pihak beranggapan konflik ini adalah satu permainan yang menyeronokkan. Ukraine berada di bawah ancaman perang skala besar dengan Rusia,” katanya.
Selain itu, Poroshenko juga memaklumkan bahawa jumlah penempatan tentera Rusia di sepanjang kawasan sempadan Ukraine dan Rusia semakin meningkat, termasuk unit jentera perang seperti kereta kebal.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas pasukan tentera Rusia merampas tiga kapal Ukraine di luar perairan Crimea pada Ahad lalu selain menahan 24 pelayar warga Ukraine.
Tindakan tersebut meningkatkan ketegangan antara Moscow dan Kiev dengan Rusia secara berterusan menuduh kumpulan pelayar tersebut memasuki kawasan perairan Rusia secara haram dan tidak mengendahkan amaran daripada pengawal pantai negara itu.
Kiev sehingga hari ini mendesak supaya kesemua pelayar tersebut dibebaskan dan menggesa supaya sekutu Baratnya mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Moscow.
Dalam pada itu, undang-undang tentera berkuatkuasa di 10 daripada 27 wilayah di Ukraine hari ini, bertujuan menghalang pencerobohan tentera Rusia.
Undang-undang berkenaan dikuatkuasakan di semua wilayah yang terletak berhampiran pangkalan tentera Rusia dan merupakan kali pertama berlaku dalam tempoh empat tahun konflik antara kedua-dua negara berlangsung.
Langkah tersebut diluluskan oleh Parlimen Ukraine kelmarin, namun Kremlin menyelar pelaksanaan tersebut kerana menegaskan undang-undang tentera hanya akan memburukkan lagi konflik yang berlaku.
Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa Rusia merancang untuk melancarkan sistem peluru berpandu S-400 ke semenanjung Crimea dalam tempoh terdekat. – AGENSI
Sobat baru saja selesai membaca :
Perang Ukraine-Rusia Bakal Meletus?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Perang Ukraine-Rusia Bakal Meletus? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Perang Ukraine-Rusia Bakal Meletus? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/11/perang-ukraine-rusia-bakal-meletus.html