Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis.

Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis.
link : Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis.

Baca juga


Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis.


Zul kini lebih aktif mengikuti dan menyertai ceramah serta forum agama
HALAMAN HIBURAN


PELAKON Zul Yahya membuat teguran kepada rakan-rakan selebriti yang gemar memuat naik foto seksi dan video bercumbuan di laman sosial.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 45, berkata golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian dan sepatutnya mereka perlu menjaga akhlak.

"Kepada rakan-rakan artis janganlah pergi muat naik foto-foto seksi dan video cium mulut.
"Artis ini banyak yang memerhati. Tambah lagi yang kanak-kanak. Jagalah akhlak," kata pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Anita.

Zul memuat naik tegurannya menerusi laman Instagram.

Zul memuat naik teguran tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu dan rata-rata pengikutnya turut menyokong kenyataannya itu.
Menurut mereka, segelintir artis sukar untuk menerima teguran kerana sudah tidak ada lagi perasaan malu melakukan sesuatu yang tidak elok.

"Orang sekarang tak boleh ditegur Zul. Rasanya tak ada istilah jahil kalau hidup zaman sekarang. Ini semua kehendak sendiri di mana tiada lagi perasaan segan silu dan malu.
"Banyak pengikut artis yang taksub sangat dengan artis. Kita tegur cara elok, kita kena balik. Kita tegur cara kasar nanti dicakap kita tegur cara tak baik.
"Betul... Setuju sangat. Artis ini bila ditegur, ada saja jawapannya. Tunjuklah kelakuan boleh dicontohi sikit," tulis beberapa pengikutnya di laman sosial.

Difahamkan Zul kini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan steamboat miliknya di Meru Raya, Meru, Perak.
Menerusi laman sosial Zul kerap mengikuti dan menyertai ceramah-ceramah agama semenjak beberapa tahun tidak lagi aktif dalam dunia seni. (MsTAR)
Zul Yahya menegur segelintir artis yang gemar memuat naik foto seksi dan bercumbuan di laman sosial.




Sobat baru saja selesai membaca :

Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/11/jangan-kongsi-video-cium-mulut-pelakon.html

Subscribe to receive free email updates: