Judul : Daging/tulang Babi Dilempar Ke Surau Di Melaka, Apa Tujuan?
link : Daging/tulang Babi Dilempar Ke Surau Di Melaka, Apa Tujuan?
Daging/tulang Babi Dilempar Ke Surau Di Melaka, Apa Tujuan?
BANGI, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Belum reda isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, kecoh pula dengan insiden di Melaka, apabila daging dan tulang babi dilemparkan pihak tertentu di kawasan surau di Taman Serkam Darat, di sini.
Difahamkan, perkara itu disedari beberapa jemaah ketika memasuki perkarangan surau terbabit untuk menunaikan solat Subuh.
Insiden berkenaan turut dikongsikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu disifatkan satu bentuk penghinaan kepada institusi Islam, apabila tempat ibadah sengaja dicemari daging babi yang sememangnya sensitif bagi umat Islam.
Beliau berkata, Pemuda UMNO Jasin mengecam perbuatan berkenaan dan menggesa pihak kerajaan negeri dan polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.
“Kami percaya keamanan yang dikecapi selama ini adalah bertunjangkan sifat hormat-menghormati dan toleransi sesama kaum, dan menjadi tanggungjawab pemimpin untuk sama-sama mendidik serta menjaga rakyat agar sifat ini sentiasa diamalkan demi mengekalkan keamanan Malaysia.
“Pemuda UMNO Jasin tidak akan berkompromi kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan provokasi murahan untuk menggugat ketenteraman rakyat dan kami bertekad untuk mempertahankan keamanan bumi Malaysia ini.
“Jangan disimbah minyak kepada api yang sedang membara dan jika pihak kerajaan negeri mengambil ringan mengenai perkara ini, kami percaya ia akan menjadi semakin parah di masa akan datang,” katanya. (Ismaweb.net)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa tujuannya? Pihak berwajib, sila siasat segera, jangan biarkan api perkauman itu diimbah minyak. Tangkap dalang-dalangnya!
Sobat baru saja selesai membaca :
Daging/tulang Babi Dilempar Ke Surau Di Melaka, Apa Tujuan?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Daging/tulang Babi Dilempar Ke Surau Di Melaka, Apa Tujuan? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Daging/tulang Babi Dilempar Ke Surau Di Melaka, Apa Tujuan? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/11/dagingtulang-babi-dilempar-ke-surau-di.html