Judul : Atlet Tutup Aurat: Menteri Patut Galakkan Bukan Persoal. -T/Pesiden PAS
link : Atlet Tutup Aurat: Menteri Patut Galakkan Bukan Persoal. -T/Pesiden PAS
Atlet Tutup Aurat: Menteri Patut Galakkan Bukan Persoal. -T/Pesiden PAS
Menteri Belia dan Sukan tak boleh terikat budaya bertentangan Islam
GOMBAK, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya memberi galakan kepada atlet untuk menutup aurat, bukan sebaliknya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Syed Saddiq sebagai seorang menteri beragama Islam wajar memberi sokongan terhadap arahan kerajaan Terengganu yang berlandaskan perintah Allah.
“Umat Islam kalau beri pandangan kena dalam kerangka sebagai seorang muslim. Kalau benda itu selama ini tidak betul, kita kena perbetulkan.
“Apa masalahnya kalau mereka tutup aurat, kita mampu buat bukan tak mampu. Sebagai menteri beragama Islam beliau sepatutnya beri galakan. Dia tak boleh terikat dengan budaya yang bertentangan pandangan Islam,” katanya.
Semalam, Kerajaan Terengganu mengumumkan akan mula melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet sukan negeri ini bermula tahun depan.
Sebagai permulaan, semua pemain bola sepak beragama Islam yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dikehendaki memakai pakaian menutup aurat atau patuh syariah ketika beraksi dalam sebarang kejohanan, termasuk di dalam dan luar negeri pada musim depan.
Sementara itu, Syed Saddiq pula mengatakan bahawa pakaian sukan pilihan atlet perlu dihormati.
Syed Saddiq berkata, arahan itu membimbangkan kerana katanya, masa depan sukan seperti gimnastik, renang dan bina badan akan terjejas.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula melihat arahan itu tidak memberi sebarang masalah untuk dilaksanakan.
Malah katanya, kelab bola sepak luar negara seperti England dan Perancis tidak mengenakan halangan untuk pemain beragama Islam mengamalkan ajarannya. (www.ismaweb.net)
Sobat baru saja selesai membaca :
Atlet Tutup Aurat: Menteri Patut Galakkan Bukan Persoal. -T/Pesiden PAS
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Atlet Tutup Aurat: Menteri Patut Galakkan Bukan Persoal. -T/Pesiden PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Atlet Tutup Aurat: Menteri Patut Galakkan Bukan Persoal. -T/Pesiden PAS link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/11/atlet-tutup-aurat-menteri-patut.html