Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen.

Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen.
link : Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen.

Baca juga


Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen.

Bantah1050 serah memorandum tuntut kenaikan gaji minimum
Kula Segaran berbincang dengan peserta himpunan di bangunan Parlimen bagi membantah terhadap kenaikan gaji minumum yang rendah. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR


KUALA LUMPUR: Gabungan Bantah1050 hari ini menganjurkan protes di hadapan Parlimen, untuk menyampaikan bantahan warga pekerja terhadap kenaikan gaji minimum yang disifatkan amat sedikit.

Bantah1050 merupakan sebuah gabungan terdiri daripada Alternatif Sosialis, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), Malaysia Muda, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Kira-kira 300 orang peserta gabungan berarak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur menuju ke Bangunan Parlimen pada jam 10.30 pagi, menuntut agar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 dari RM1,050.


Berlaku sedikit kekecohan apabila peserta bantahan dihalang memasuki kawasan bangunan parlimen.
Kecoh apabila peserta himpunan tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan Parlimen. - Astro AWANI/Shahir Omar Kecoh apabila peserta himpunan tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan Parlimen. - Astro AWANI/Shahir Omar
an warga pekerja terhadap kenaikan gaji minimum yang disifatkan amat sedikit. - Astro AWANI/Shahir Omar Himpunan untuk menyampaikan bantahan warga pekerja terhadap kenaikan gaji minimum yang disifatkan amat sedikit. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan selepas Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran keluar untuk bertemu peserta. Beliau kemudiannya mempelawa wakil kumpulan itu masuk untuk sesi perbincangan serta penyerahan memorandum.

"Saya mengalu-alukan kehadiran mereka dan sentiasa terbuka untuk berbincang.
"Saya terima memorandum itu dan akan cuba membawa isu itu ke Kabinet secepat mungkin," kata beliau.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, memaklumkan mereka akan menanti kata putus kerajaan berkenaan memorandum itu.

"Kalau keputusannya masih negatif, kami tidak akan teragak-agak melakukan himpunan sekali lagi," katanya.

Kerajaan pada September lalu mengumumkan pelarasan gaji minimum RM1,050 yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari tahun depan.

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.





Sobat baru saja selesai membaca :

Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tuntut Kenaikan Gaji Minimum, Gabungan Bantah1050 Depan Parlimen. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/tuntut-kenaikan-gaji-minimum-gabungan.html

Subscribe to receive free email updates: