Judul : Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. Jadi Sesat?
link : Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. Jadi Sesat?
Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. Jadi Sesat?
Saya perlu sesuaikan dengan aliran sosialisme, liberalisme - Dr Mahathir
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, dalam keadaan tertentu, kerajaan berdepan kesukaran untuk membuat keputusan kerana perlu mengambil kira pandangan keempat-empat parti dalam PH.
“Saya sedar idea saya terpaksa disesuaikan dengan fikiran mereka (parti dalam PH)... ada mirip pemikiran sosialisme... ada liberalisme.
“Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15 di sini, hari ini.
Program itu dikendalikan oleh moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dalam pada itu, menjawab soalan Johan berhubung dakwaan masyarakat Melayu bahawa PH anti Islam serta pendukung liberal, Dr Mahathir berkata, ia adalah tuduhan yang dibuat oleh musuh kerajaan.
“Sudah tentu musuh menuding kita macam-macam... (Dakwaan) dikuasai DAP? DAP tidak berkuasa... tiada siapa pun yang berkuasa dalam PH. Kalau kita (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tiada, maka DAP akan jatuh.
“DAP mana ada kuasa... kalau ada perkara kita tidak setuju dengan DAP, kita akan cakap tidak setuju... mana ada DAP berkuasa,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau berdepan kesukaran untuk memimpin negara berbanding ketika kali pertama menjadi Perdana Menteri dahulu.
“Ketika saya menjadi Perdana Menteri pada 1981, keadaan kerajaan dan negara semuanya tersusun. Ketika itu saya hanya membuat keputusan dan jentera kerajaan akan buat kerja.
“Namun sebaliknya berlaku ketika ini apabila kerajaan yang ditinggalkan sangat teruk.
“Saya takut harapan rakyat... mereka fikir saya boleh buat benda sehingga berjaya. Namun, saya akui saya bukan ahli silap mata yang boleh memulihkan serta mencipta kejayaan sekelip mata,” katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam + Sosialisme + Liberalisme = Sesat?
LIMA belas abad yang lalu Nabi Muhammad SAW menyampaikan sebuah pesan yang mengejutkan.
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih)
Sobat baru saja selesai membaca :
Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. Jadi Sesat?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. Jadi Sesat? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. Jadi Sesat? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/tun-m-sesuaikan-dengan-sosialisme.html