Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya..

Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya..
link : Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya..

Baca juga


Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya..


ROSMAH Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, selepas dipanggil memberikan keterangannya berhubung siasatan membabitkan jenayah penggubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan Rosmah yang ditahan pukul 3.20 petang tadi di ibu pejabatnya di Putrajaya.

SPRM juga memaklumkan ia sudah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa isteri bekas perdana menteri itu.

“Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001,” kata agensi anti rasuah itu dalam satu kenyataan.

Rosmah dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pukul 8 pagi esok, tambah SPRM.

Peguam Rosmah, Geethan Ram Vincent turut mengesahkan, isteri bekas perdana menteri itu ditahan petang tadi.

Siasatan terhadap Rosmah dibuka semula hampir empat bulan lalu selepas Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Rosmah, 66, disoal siasat oleh SPRM pada Jun lalu berhubung akaun SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media baru-baru ini mendedahkan Rosmah bakal berdepan sekurang-kurangnya 20 pertuduhan, kebanyakannya melibatkan jenayah pengubahan wang haram.

Antara satu kes yang dijangka menarik perhatian ialah pembelian produk hormon anti penuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat, lapor media.

Produk itu dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600%, jika diambil berterusan, selain meningkatkan tenaga, tidur lebih lena, mengurangkan lemak dan mencantikkan kulit.

Selain siasatan SPRM, Rosmah juga disaman Global Royalty Trading SAL berkaitan 44 barangan kemas yang tidak dipulangkan dianggarkan bernilai RM60 juta.

Barangan kemas itu dirampas polis ketika serbuan dilakukan ke atas kediaman berkaitan Najib, sebahagian daripada jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM1bilion.

Rosmah ditahan ketika hari ini suaminya, Najib Razak juga dipanggil sekali lagi oleh polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad.


Najib diambil keterangannya lebih kurang tiga jam di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Di-Raja Malaysia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Najib sehingga ini sudah dihadapkan dengan 32 pertuduhan jenayah berhubung skandal 1MDB.

Pada 20 September lepas, Najib dikenakan 21 pertuduhan bersabit pengubahan wang haram melibatkan dana AS$681 juta atau RM2.6 bilion yang beliau pertahankan semalam ini sebagai “duit derma dari Arab”.

Najib juga dikenakan empat tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, melibatkan soal penubuhan dan aktiviti 1MDB.

Beliau sebelum itu sudah dikenakan tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta yang didakwa diseleweng daripada dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, melibatkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan Februari tahun depan lapor The Malaysian Insight


Sobat baru saja selesai membaca :

Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Rosmah Ditahan SPRM Akhirnya.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/rosmah-ditahan-sprm-akhirnya.html

Subscribe to receive free email updates: