Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam.

Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam.
link : Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam.

Baca juga


Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam.

FB IMG 1539527586353


DARI Kristianisasi kepada Sekularisasi 
Awal era Kolonialisme, Barat mula menyedari bahawa Islam tidak dapat dihapuskan melalui senjata dan peperangan fizikal. Bahkan semakin kuat Islam diserang, semakin kuat roh jihad membara dalam diri umat Islam. Oleh itu, mereka mengambil langkah alternatif dengan melancarkan perang dalam bentuk pemikiran.
Selepas gagal mempromosikan agama lain kepada orang Islam melalui gerakan Kristianisasi dan sebagainya, Barat beralih kepada serangan dengan senjata Sekularisme. Pemikiran Sekular ini seiring dengan eraenlightenment kurun ke-18 di Barat yang juga menolak sistem teokrasi gereja, ditandai dengan kejatuhan monarki-monarki melalui revolusi rakyat hingga tertegak sistem republik.
Sains dijadikan senjata 
Era tersebut juga disebut sebagai era modenisasi, di mana berlaku revolusi pertanian dan revolusi industri. Keghairahan memajukan industri inilah yang mendorong kepada gerakan penjajahan/kolonialisasi.
Tonggak kepada era ini adalah sains. Sains digunakan untuk membangunkan sesuatu sektor. Kebenaran dibuktikan melalui kaedah sains. Meletakkan logik akal pada tahap tertinggi.
Ketaksuban terhadap sains inilah yang menyebabkan manusia mula meninggalkan agama. Ini kerana teori agama tidak boleh dibuktikan melalui kaedah sains malah banyak yang bertentangan dengan agama. Dari Protestan membentuk Sekularisme, lalu secara tidak langsung membawa kepada free thinker atau atheis.
Senjata makan tuan 
Namun setelah lama sains dibangunkan, saintis dan ahli akademik mula menyedari bahawa banyak persoalan mengenai dunia tidak mampu dijawab oleh sains dan logik akal. Ada perkara yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia.
Namun apabila mereka mengkaji tentang Islam, mereka menjumpai jawapan yang dicari! Apabila mereka terus menggali khazanah Islam, mereka dapati bahawa penemuan sains di era moden telah dinyatakan sejak zaman wahyu lagi!
Ideologi Sekular dan atheis semakin terhakis di kalangan sarjana Barat. Seorang saintis popular dan berpengaruh zaman kini daripada US, Michio Kaku pernah mengeluarkan kenyataan yang agak paradoks dengan akidah dunia sains:
"Dengan aturan sistem alam yang sangat teliti dan kompleks ini, kalaulah ia dicipta oleh tuhan, tentunya tuhan ini sangat genius!"
Fenomena ini menjadi sebab ramai para saintis memeluk Islam. Islam di barat dan negara maju berkembang pesat sekarang, sehingga dianggarkan Islam bakal menjadi agama dengan penganut teramai di Eropah dalam tempoh kurang 20 tahun lagi!
Tajdid senjata; kemunculan post-truth 
Sudah tentu fenomena ini membimbangkan musuh Islam. Pakar geo-politik Barat sudah membuat konsensus sejak dulu, sekiranya mahu menjayakan agenda globalisasi, Islam tidak boleh dibiarkan berkembang. Ia mesti dihapuskan.
Maka dewasa ini sarjana sains sosial mendapati terdapat gerakan baru pada era post-modernisme ini, yang dilabelkan sebagai post-truth. Post truth secara literalnya bermaksud selepas kebenaran, atau dengan erti kata lain, zaman kebenaran sudah pun berlalu. Kebenaran sudah mati.
Zaman kebenaran merujuk kepada zaman keagungan sains. Post-truthsecara mudahnya adalah ideologi menolak fakta dan teori sains dalam menentukan kebenaran, sebaliknya memahami kebenaran mengikut pertimbangan emosi dan relatif pandangan masing-masing atau persepsi.
Post-truth tidak mempercayai kebenaran adalah satu perkara yang mutlak sebaliknya relatif. Jika dulu semua percaya bahawa bumi itu sfera berasaskan teori graviti, ilmu fizik, navigasi, geografi. Malah al-Quran sendiri memberi isyarat tentangnya. Malangnya hari ini muncul gerakan flat-earth (bumi datar) dengan argumen-argumen yang tidak berlandaskan kaedah sains yang betul. Namun mereka mempertahankannya atas dasar kebebasan berpendapat.
Trump dan seni penipuan
Dari segi politik, ia lebih merujuk kepada pentadbiran US era Trump walaupun Presiden terdahulu turut menggunakan pendekatan sama. Dikatakan Trump sebagai penipu tetapi penipuannya mendapat sokongan majoriti kerana pandai bermain emosi dan persepsi. Post-truth jadi kempen memburukkan Trump, padahal Nixon, Reagen, Bush, Obama semua lebih teruk dari beliau.
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, gerakan ini wujud bagi menghalang Islam yang semakin berkembang melalui sains. Agendanya adalah politik. Jadi mekanisme penyebaran ideologi ini juga melalui politikus demokrasi. Dibantu dengan gerakan perjuangan kebebasan hak asasi manusia dan Liberal, ia bergerak agak laju.
Manipulasi akal melalui LGBT
Post-truth ditentang hebat oleh saintis dan ahli akademik yang jujur tanpa mengira kepercayaan agama. Selain polemik flat earth sebagai contoh pertembungan antara sains dan post-truth, antara isu sensasi lain adalah perjuangan LGBT. Jumhur saintis bersetuju bahawa gejala LGBT adalah abnormal dan penyakit bagi manusia yang perlu dirawat.
Tetapi pejuang LGBT mengatakan ia adalah perkara normal dengan argumen-argumen bodoh seperti wanita terperangkap dalam tubuh lelaki, jantina tidak ditentukan melalui alat kelamin dan sebagainya. Apabila cuba diperdebatkan, mereka menggunakan hujah hak kebebasan memilih, hak berpendapat dan nilai demokrasi.
Manipulasi emosi melalui manifesto palsu 
Selain manipulasi akal, post-truth turut memanipulasi emosi. Mereka menggunakan berbagai elemen seperti simpati, marah, benci, sedih dan sebagainya supaya kebenaran dibutakan dan masyarakat memilih mengikut dorongan emosi. Dengan berbekalkan kepakaran lakonan, cinematografi, fotografi dan efek musik, penipuan dicipta dengan sangat sukses sehingga mengalpakan manusia untuk duduk berfikir sejenak dengan akal yang waras.
Masyarakat lebih suka debat daripada forum. Kerana debat memainkan elemen provokasi, tegas, pedas dan lancang. Sedangkan forum menumpukan isi dan kupasan. Pemenang debat dinilai dari sudut dominasi majlis, sedangkan forum diadakan bukan untuk cari pemenang tetapi lebih kepada pencerahan.
Ceramah sudah tidak diminati. Tetapi video klip, filem pendek, dan lakonan lebih mendapat tempat. Faktor ketampanan dan kejelitaan juga dijadikan kayu ukur sokongan. Persetankan idea. Kencing pun tidak apa, asalkan mampu mengkhayalkan massa dengan seni penipuan.
Semua agama adalah benar 
Gejala post-truth turut menjalar ke dalam komuniti muslim. Autoritian mula bercakap bahasa-bahasa Liberal bagi memasukkan jarum penyimpangan daripada agama. Jika dahulu kita umat Islam diajar untuk mengakui tiada tuhan selain Allah, tetapi hari ini kita diajar untuk mengiktiraf agama lain. Jika dahulu arak ditolak semua agama, malangnya hari ini didoktrinkan bahawa Islam perlu membenarkan arak diminum penganut agama lain.
Alasannya kerana meraikan kebebasan hidup dan berpendapat. Digunakan hujah Islam turut meraikan perbezaan. Fiqh Ikhtilafdijadikan modal. Sedangkan di dalam Islam, bukan semua khilaf diambil kira. Khilaf antara perkara qat'iy dengan zanniy tidak diterima. Khilaf orang awam dengan mujtahid tidak diterima. Banyak disiplinFiqh Ikhtilaf yang perlu diperhalusi.
Neo-Teokrasi
Ironinya pendakwah yang menerangkan kebenaran agama dengan hujah ilmiah seperti Dr Zakir Naik disekat pula. Dr Zakir berhujah dengan logik dan ilmu, dan bersedia menerima hujah pihak lain asalkan berpijak atas kaedah ilmu. Dan itulah tugas para Nabi, mengkritik sembahan selain Allah dengan argumen-argumen logik akal.
Kenapa tidak boleh meraikan pandangan Dr Zakir Naik yang lebih menghormati akademik? Kenapa mudah pula hormat pandangan pendukung LGBT yang kata tuhan terhasil dari getaran?
Secara halusnya inilah bibit Neo-Teokrasi. Menggunakan hujah Fiqh Ikhtilaf sebagai cara memposisikan pandangan yang bukan dari fiqh Islam, tetapi dalam masa yang sama menyekat pandangan yang bertunjangkan nas yang asli.
Lebih parah apabila mereka menggunakan autoriti untuk mendiamkan segala pendapat lain, atas dasar taat waliyul amr. Inilah sebetulnya pihak mempergunakan agama. Ulamak suk!
Gerakan Islam turut terkesan 
Neo-Teokrasi turut melanda gerakan Islam. Bagi menghalalkan tindakan sesetengah pihak yang menyeleweng, hujah adab berkhilaf digunakan. Tetapi dalam waktu yang sama, mereka yang tidak sebulu disekat habis-habisan atas alasan syadid, tidak wala', perosak fikrah dan sebagainya. Diselimutkan dengan terma wala', taat, thiqah dan husnu zhon, hinggakan korupsi yang berlaku turut dipaksa untuk ikut.
Sedangkan ketaatan hanya dituntut dalam perkara kebaikan. Jika kemungkaran berlaku seperti korupsi dan rasuah, kita dituntut untuk mencegah sehabis daya kemampuan. Tidak ada khilaf dalam bab kewajipan nahi mungkar. Membela kemungkaran atas dasar satu jemaah adalah asobiyyah yang ditegah!
Cabaran petanda kemenangan semakin hampir 
Segala masalah yang dibentang bukan bertujuan untuk melunturkan semangat pejuang Islam yang ikhlas. Sebaliknya supaya kita menyedari, bahawa inilah petanda Islam semakin hampir menjulang kemenangan. Sudah menjadi sunnah perjuangan, semakin dekat dengan menang, semakin mencabar ujian yang datang.
Musuh seolah-olah sudah terlalu terdesak mencari senjata menyekat Islam. Kalau dulu mereka cuba merosakkan fitrah beragama yang ada pada diri manusia dengan argumen-argumen Sekularisme, Liberalisme dan Materialisme, sekarang mereka terpaksa merosakkan fitrah berfikir manusia pula dengan post-truth.
Semakin mereka cuba melanggar fitrah, semakin jelas kebejatan mereka pada mata sekalian manusia.
Cari titik persamaan Islam-sains 
Penentangan terhadap kewarasan dan logika sudah tentu mengundang permusuhan daripada para ahli akademik dan sains. Perkara ini perlu dimanfaatkan oleh ilmuwan Islam supaya kerjasama dapat dibentuk dalam menghadapi musuh bersama. Cari titik temu Islam dan sains. Buang persepsi bahawa Islam menentang sains.
Sekiranya didapati berlaku pertembungan antara ajaran Islam dan penemuan sains, ianya mesti tidak lari daripada tiga kemungkinan:
1.     Kesahihan nas memerlukan saringan. Jika tiada masalah dari sudut status, maka
2.     Kefahaman terhadap nas yang perlu diperbetulkan. Jika sudah benar-benar tepat, maka
3.     Penemuan sains itu ada kesilapan. Dan perkara ini biasa. Dunia akademik sudah mencatatkan beberapa penemuan yang sudah diiktiraf sebagai fakta, boleh berubah selepas penemuan terbaru diterokai.
Lahirkan lebih ramai sarjana Islam berkepakaran sains tulen 
Paling baik adalah dengan melahirkan sarjana Islam yang pakar dalam bidang sains tulen. Sarjana Islam yang pakar dalam bidang sains sosial seperti politik, ekonomi, perundangan, sejarah, psikologi, kepimpinan dan pentadbiran mungkin sudah ramai. Tetapi yang pakar dalam bidang sains tulen seperti biologi, geologi, kejuruteraan, astrologi, agri-culture dan perubatan masih di tahap minima.
Mutakhir ini, boleh dikatakan tiada langsung sarjana Islam berkepakaran sains tulen. Apabila timbul masalah hukum dari sudut perubatan sebagai contoh, Mujamma' Fiqh dan Majlis Ifta' terpaksa memanggil doktor perubatan bagi menerangkan gambaran masalah tersebut sebelum membina hukum. Jadi sarjana Islam sekadar mendapat gambaran dari luar dan berdasarkan pemahaman doktor yang tidak memiliki kepakaran agama. Sudah tentu dapatannya berbeza jika sarjana Islam yang menjadi anggota sidang sendiri yang pakar dalam bidang tersebut membentang kajian.
Keadaan ini berbeza di zaman kegemilangan Islam dahulu, di mana sarjana Islam sendiri mahir dalam berbagai ilmu sains, malah menjadi rujukan akademik dunia sehingga ke hari ini.
Terus berjuang
Kesimpulannya, kuatkan semangat, tabahkan hati, teruskan kesungguhan dan sentiasa perbaiki gerak langkah. Sentiasa optimis dengan janji tuhan. Kemenangan sedang menunggu di hadapan.
Kemenangan Islam hanyalah urusan masa. Bila tiba masa yang ditetapkan, tiada siapa mampu menghalang. Tugas kita hanya memenuhi syarat kemenangan.
حتى يأتي الله بأمره...
6 Safar 1440
14 Oktober 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) HARAKAHDAILY 14/10/2018



Sobat baru saja selesai membaca :

Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Post Truth: Cubaan Musuh Sekat Islam. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/post-truth-cubaan-musuh-sekat-islam.html

Subscribe to receive free email updates: