Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah

Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah
link : Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah

Baca juga


Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah


IZWAN ABDUL HALIM

KUALA LUMPUR: Di dalam Siyasah Syariyyah terdapat pelaksanaan dan pendekatan ke atas undang-undang yang boleh dilaksanakan mengikut keadaan suasana dan perkembangan tertentu secara fleksibel.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, tidak semua sangkaan dan intipan itu suatu dosa sebagaimana ayat 12 surah al-Hujurat yang menyatakan sebahagiannya itu adalah dosa.
"Sebahagian, bukan semua sangkaan. Ada sebahagian lagi yang menimbulkan unsur-unsur perlu diintip. Itu, pihak kerajaan boleh buat," ujar beliau pada sidang media di Markas JPP, Bagan Pinang, Port Dickson semalam.
Mengukuhkan penjelasan itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan mengemukakan perbandingan seumpama dengan Undang-undang Sivil antaranya penguatkuasaan polis terhadap Akta Rumah Judi.
Menurutnya, sebelum pihak polis melaksanakan tangkapan, terlebih dahulu mereka mengadakan observasi yakni intipan, di mana perkara sama juga terdapat pada kes jenayah di bawah Undang-undang Syariah.
Tuan Guru turut melanjutkan penerangan beliau mengenai makna sebahagian sangkaan dan intipan itu dengan merujuk situasi jenayah yang berlaku di mana menuntut tindakan daripada pihak berwajib.
"Bila didapati ada perompak, penyamun, (maka) polis mesti mengintip di mana perompak itu bersembunyi. Kalau SB (Special Branch) tahu perompak bersembunyi dalam rumah, (tapi) tak boleh serbu rumah itu, (kerana dihukum) haram, betul ke (begitu)?
"Ini tidak betul. Begitu juga hal-hal lain termasuk (oleh) Pejabat Agama. Ada intipan dia, cara kerja dia," tambahnya pada Ceramah PRK PD di Bukit Tembok, Linggi semalam. - HARAKAHDAILY 8/10/2018


Sobat baru saja selesai membaca :

Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Perlu 'sangkaan dan intipan' Untuk Tangani Jenayah link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/perlu-sangkaan-dan-intipan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: