Judul : Janji Tun M Beri Jawatan PM Pada Anwar, Masih Longgar?
link : Janji Tun M Beri Jawatan PM Pada Anwar, Masih Longgar?
Janji Tun M Beri Jawatan PM Pada Anwar, Masih Longgar?
'Janji saya untuk beri jawatan PM kepada Anwar' - Dr Mahathir
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan siapa bakal pengganti beliau selepas ini.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, janjinya adalah memberikan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya janji akan meletak jawatan dan beri laluan kepada Anwar.
"Siapa jadi Perdana Menteri adalah atas suara rakyat. Kalau rakyat mahukan orang lain, saya akan lepaskan jawatan.
"Saya pun tahu saya tidak akan lama memegang jawatan ini," katanya semasa Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian di sini, hari ini.
Program yang berlangsung di Dewan Karangkraf itu dikendalikan Moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama ialah Tun Dr Siti Hasmah dan kira-kira 1,000 hadirin.
Sebelum ini, Dr Mahathir pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomberg yang dikendalikan wartawan Fareed Zakaria memberitahu, Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau setuju menjadi perdana menteri kerana Anwar berada dalam penjara apabila kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan tiada jaminan bakal penggantinya akan menjadi seorang perdana menteri yang baik.
"Saya tidak boleh menjamin pengganti lebih baik dari saya. Macam saya fikirlah lantik Tun Abdullah Ahmad Badawi, dia orang agama tetapi tengoklah apa jadi.
"Begitu juga dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, dia anak kepada Tun Abdul Razak Hussein tetapi tengok apa jadi," jelasnya. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Janji saya untuk beri jawatan PM kepada Anwar' - Dr Mahathir. Begini masih longgar?
Sobat baru saja selesai membaca :
Janji Tun M Beri Jawatan PM Pada Anwar, Masih Longgar?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Janji Tun M Beri Jawatan PM Pada Anwar, Masih Longgar? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Janji Tun M Beri Jawatan PM Pada Anwar, Masih Longgar? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/janji-tun-m-beri-jawatan-pm-pada-anwar.html