Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah.

Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah.
link : Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah.

Baca juga


Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah.

SPRM minta kerajaan kaji cadangan hukuman sebat ke atas pelaku rasuah
SPRM minta kerajaan kaji cadangan hukuman sebat ke atas pelaku rasuah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya kerajaan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan suruhanjaya itu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan.

"Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah... ia lebih 'deterrent' (bersifat pencegahan)," katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini Ahad malam.
Jelasnya, buat masa ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 hukuman dikenakan ke atas pesalah rasuah hanyalah sehingga maksimum penjara 20 tahun, (selain denda).

"Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka akan merayu di mahkamah hingga ada yang dipenjarakan selama hanya sehari," katanya.

Tegas beliau jenayah rasuah adalah antara punca merebaknya jenayah-jenayah lain dan seharusnya hukuman sebat tersebut dikaji secara mendalam.

"Saya serius berkenaan cadangan tersebut," katanya.

Dua hari lalu, Mohd Shukri mencadangkan kerajaan meminda akta supaya perasuah dikenakan hukuman lebih berat seperti sebatan dalam usaha memerangi rasuah habis-habisan.
-- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini sokong SPRM mengenai sebat ini, dan perlu di selaras dengan kehendak dan peraturan menurut agama Islam. Perlu dalam pemantauan bahagian agama. Bukan macam sebat biasa dalam penjara-penjara Malaysia.
Hasil carian imej untuk hukum sebat

PENGERUSI UMMAH, Aminuddin Yahya (tengah) bersama ahli panel, Nik Zulhaiza (kiri), Zamri (dua dari kanan), Musa (dua dari kiri) dan Abd Rahim pada Forum anjuran UMMAH, Hukum Syariah 'Keadilan atau Kezaliman?’. - NSTP/Salhani Ibrahim

Hukum sebat tidak kejam

HUKUMAN sebatan syariah membabitkan kesalahan takzir yang dilaksanakan di Terengganu baru-baru ini mengundang polemik yang pelbagai. Ada pihak yang menyokong hukuman berkenaan yang dianggap sebagai menjalankan perintah dan hak yang ditetapkan Allah SWT.
Tidak kurang juga pihak menentang hukuman syariah ini dengan alasan ia hukuman yang menyeksa pesalah. Malah ada membawa tanggapan bahawa ia adalah satu bentuk hukuman rimba.
Menjawab tuduhan yang dilemparkan ini, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, pihak yang membuat polemik membabitkan hukuman sebatan syariah ini mempunyai agenda masing-masing.
Katanya, ada pihak yang ingin melihat penambahbaikan dalam institusi mahkamah syariah dan tidak kurang juga yang menggunakan isu ini untuk menjatuhkan reputasi undang-undang syariah yang dikuatkuasakan.
“Pertikaian membabitkan hukuman sebatan syariah ini timbul sebelum ia dilaksanakan di Terengganu lagi. Presiden Majlis Peguam terlebih dulu mengeluarkan kenyataan sebatan syariah ini sebagai undang-undang zalim dan kejam. Dianggap boleh memberi kesan psikologi kepada pesalah.
“Selain itu, ada juga kedengaran sebatan ini bukan sebahagian daripada ajaran Islam malah hukuman yang dilaksanakan akan mewujudkan perkembangan yang tidak sihat kepada perundangan Islam,” katanya pada Forum Hukuman Syariah: Keadilan atau Kezaliman yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
Yang turut bertindak sebagai ahli panel pada forum terbabit adalah Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abd Rahim Sinwan dan Ketua Penguatkuasa Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Nik Zulhaiza Ismail.
Sebat beri pengajaran
Musa berkata surah An-Nisa’ jelas membahaskan mengenai hukuman sebatan yang dikenakan terhadap pesalah takzir.
Allah SWT berfirman “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukul mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (An-Nisa’ : 34)
Musa berkata, ayat berkenaan menjadi hujah dan dalil dalam perundangan Islam bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan takzir.
“Sebatan dijadikan hukuman utama dalam kesalahan takzir untuk memberi pengajaran yang tepat dan berkesan kepada pesalah.
“Hukuman sebat dilaksanakan serta-merta selepas disabitkan kesalahannya dan selepas itu pesalah dibebaskan untuk membolehkannya menjalani kehidupan biasa berbanding hukuman penjara,” katanya.
Namun, dalam kes membabitkan pasangan lesbian yang dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, pesalah sudah diberi ruang untuk merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan.
Mengenai hukuman yang dijalankan di tempat awam, Musa menjelaskan ia wajar dilaksanakan kerana kesalahan yang dilakukan juga adalah di tempat umum. Malah jelas Musa, Islam menggariskan tujuan hukuman dilakukan di depan khalayak sebagai berbentuk pencegahan.
“Bagi individu yang melakukan kesalahan, hukuman itu menjadi pencegahan kepada pesalah untuk tidak mengulang kesilapan yang sama sementara kepada masyarakat, orang yang hadir, bukan sekadar menyaksikan hukuman dijalankan tetapi mereka turut sama mendoakan pesalah supaya menjadi warga yang baik dan kembali ke jalan yang benar.
Sementara itu, Zamri berkata, dakwaan hukuman sebatan syariah yang dijalankan di Terengganu itu tidak mengikut lunas ajaran Islam perlu ditolak.
Beza antara hudud dan takzir
Beliau berkata, masyarakat perlu memahami dan tahu membezakan antara pelaksanaan hudud dan hukuman takzir. Hukum hudud sudah termaktub dalam al-Quran membabitkan hukuman kepada penzina yang mana pesalah boleh dihukum 100 sebatan manakala orang yang menuduh orang berbuat zina tanpa membawa saksi boleh dikenakan 80 kali sebatan.
“Berbeza dengan hukuman takzir yang mana pihak berkuasa menentukan hukuman. Namun hukuman itu mestilah tidak sampai mengeluarkan darah, tak mencederakan kulit dan tak mematahkan tulang pesalah.
“Hukuman syariah ini tidak sekejam didakwa, sebaliknya pelaksanaan hukuman sebatan itu juga ada syarat yang perlu dipatuhi.
Rotan yang digunakan bukan rotan yang sangat baharu sehingga boleh menyebabkan kesakitan yang kuat, bahkan bukan juga rotan tua, hingga pesalah tidak rasa apa-apa,” katanya. (Ahad, 30 September 2018 - 3:21PM)


Sobat baru saja selesai membaca :

Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Ibnu Hasyim Sokong SPRM Kaji Cadang Hukuman Sebat Perasuah. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/ibnu-hasyim-sokong-sprm-kaji-cadang.html

Subscribe to receive free email updates: