Judul : Di Tepi Pantai PD.. Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Tinggal Di Khemah.
link : Di Tepi Pantai PD.. Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Tinggal Di Khemah.
Di Tepi Pantai PD.. Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Tinggal Di Khemah.
PORT DICKSON – Akibat kesempitan hidup, enam beranak terpaksa tinggal di dalam khemah di Pantai Saujana di sini, sejak lima hari lalu.
Akif Hatimi Abdul Halim, 31 dan isteri, Siti Rohaizah Abdullah, 28, serta empat anak, Muhammad Alif Hizhan, 10; Nur Armany Rihanna, 8; Putri Diana Sofea, 3; dan Putra Adiq Hizhan, 11 bulan; tiada pilihan selepas terpaksa keluar dari rumah sewanya di Taman Desa PD di sini, bulan lalu.
Menurut Akif Hatimi, selepas keluar dari rumah sewa, dia menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu namun membuat keputusan keluar dari rumah itu beberapa hari lalu atas sebab-sebab tertentu.
Katanya, dia sekeluarga diminta keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah berjumlah RM350 sejak beberapa bulan lalu.
“Saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) akibat kemalangan motosikal 11 tahun lalu. Sebelum ini, saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 dan isteri RM300 sebulan.
“Malangnya, bantuan JKM yang diterima sejak setahun lalu dihentikan dan keadaan menjadi lebih teruk kerana saya tidak mampu membuat kerja berat,” katanya ketika ditemui NSTP.
Akif Hatimi berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan JKM Port Dickson bahawa bantuan bulanannya lewat kerana ada masalah kemas kini akaun oleh jabatan berkenaan.
“Bagi mencari belanja terutama untuk susu anak, saya dan isteri berusaha berniaga air dan buah potong di pantai ini dan pendapatan kami tidak menentu,” katanya.
Akif Hatimi berkata, sudah tiga hari dia dan isteri yang kini mengandung lima bulan serta anak-anak tidur beralaskan tikar di dalam khemah.
“Hasil menjual buah potong saya mampu beli sebuah khemah kecil dengan harga RM60. Tak sampai hati saya tengok anak-anak tidur kesejukan. Mujur keadaan cuaca agak baik tidak hujan.
“Saya amat berharap jika ada pihak yang bantu sediakan kediaman untuk kami sekeluarga kerana soal pekerjaan saya boleh berusaha dengan tulang empat kerat ini walaupun agak terbatas,” katanya.
Situasi keluarga berkenaan turut mendapat perhatian orang ramai terutama pengunjung pantai berkenaan yang berkongsi melalui laman sosial Facebook.
Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang ke akaun Maybank 162254744688, Akif Hatimi Abdul Halim. – BH
Sobat baru saja selesai membaca :
Di Tepi Pantai PD.. Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Tinggal Di Khemah.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Di Tepi Pantai PD.. Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Tinggal Di Khemah. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Di Tepi Pantai PD.. Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Tinggal Di Khemah. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/di-tepi-pantai-pd-bantuan-jkm.html