Judul : Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5
link : Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5
Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5

SHAH ALAM – Caj perkhidmatan bagi penghantaran gas ke rumah, Petronas Home Delivery (GPHD) akan naik berkuatkuasa 1 November ini untuk semenanjung Malaysia.
Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan perkara itu dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD.
Dengan itu, harga baharu bagi GPHD ialah RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg.
Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.
Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.
Tiada perubahan harga bagi yang mengambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg.
Terdahulu, notis pemakluman mengenai perubahan struktur harga dan tempoh penghantaran GPHD mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu. -SuaraTv

Sobat baru saja selesai membaca :
Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5 dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5 link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/caj-penghantaran-gas-memasak-naik-rm5.html