Judul : Bila Pula Khazanah Diswastakan? -T/Presiden MCA,
link : Bila Pula Khazanah Diswastakan? -T/Presiden MCA,
Bila Pula Khazanah Diswastakan? -T/Presiden MCA,
PELIK… MCA pertikai kenyataan terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad konon Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bukan lagi milik kerajaan serta bebas sertai projek mega kereta nasional ketiga.
Isu itu dibangkitkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang terkilan dengan jawapan Perdana Menteri malah bertanya adakah itu pendirian bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH).
Jika bukan, adakah ia sekadar pendapat peribadi Mahathir selaku Pengerusi PH. Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut persoal sekiranya Khazanah bukan sayap pelaburan kerajaan, mengapa isu agensi itu pernah dibawa ke Parlimen.
Ini termasuk jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membangkitkan kerugian pelaburan Khazanah kerana terlibat menerusi syarikat jual pakaian dalam wanita, di Dewan Rakyat sebelum ini.
“Setahu saya, sepanjang pemerintahan BN (Barisan Nasional) tidak pernah jual Khazanah kepada pihak swasta. Sejak bila ia jadi milik swasta di bawah kerajaan PH?” soalnya dalam hantaran akaun Facebook beliau hari ini.
Baca: Sindir PM Lantik Diri Sendiri Jadi Bos Khazanah
Juga: Ada Aset RM157 Bilion, Bukannya Rugi RM80 Juta
Berikut kenyataan Ka Siong menerusi laman sosial tersebut:
Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pernah memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ke-3 tidak akan melibatkan sebarang dana awam tetapi ianya merupakan projek pihak swasta.
Setahu saya, sepanjang pemerintahan, BN tidak pernah menjual Khazanah Nasional kepada pihak swasta. Sejak bila pula Khazanah itu menjadi milik swasta di bawah kerajaan PH?
Tun Mahathir Mohamad hari ini pula berkata ‘khazanah bukan kerajaan’, saya terkilan dengan jawapan itu. Apakah ini pendirian bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM atau sekadar pendapat peribadi Tun?
Silterra Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik Khazanah Nasional, dari mana datang dana pelaburan Silterra? Apakah pelaburan Silterra dalam projek kereta nasional ke-3 langsung tidak melibatkan dana awam?
Kalau begitu, dana siapa pula? Agaknya siapa yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Khazanah Nasional baru-baru ini? Mana mungkin Khazanah Nasional tiada kaitan dengan pihak kerajaan?
Kalau Khazanah bukan kerajaan, kenapa YB Dato’ Seri Azmin Ali minat sangat dengan pelaburan dalam bisnes coli dilakukan Khazanah semasa menggulung perbahasan di Dewan Rakyat beberapa bulan dahulu?
Kata Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ia konon pasal wang rakyat…. Sekarang pula, apa alasannya? – Agensi/Mynewshub.TV
Sobat baru saja selesai membaca :
Bila Pula Khazanah Diswastakan? -T/Presiden MCA,
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bila Pula Khazanah Diswastakan? -T/Presiden MCA, dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bila Pula Khazanah Diswastakan? -T/Presiden MCA, link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/bila-pula-khazanah-diswastakan.html