Judul : Azmin Bakal PM Ke-8, Anwar Balik Ke Penjara?
link : Azmin Bakal PM Ke-8, Anwar Balik Ke Penjara?
Azmin Bakal PM Ke-8, Anwar Balik Ke Penjara?
DEDAH… Baru-baru ini netizen tempatan gempar dengan kisah seorang penilik wanita di Thailand, Navaracha Pinitlokakorn yang meramalkan pelbagai cerita ‘panas’ mengenai isu politik Malaysia.
Ini termasuk ramalan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dilantik sebagai perdana menteri yang kelapan selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Uniknya beliau amat disegani di negara tersebut kerana ramalannya 100 peratus tepat.
Terkini, sebuah akhbar tempatan di ibu kota Amerika Syarikat (AS),The Washington Times pada 28 September lalu mendedahkan rancangan sulit Perdana Menteri ketujuh itu untuk tidak beri ruang kepada Anwar bagi ganti dirinya.
Penulis, L. Todd Wood menerusi kolum Analysis & Opinion memetik sumber kerajaan termasuk pegawai Pejabat Perdana Menteri ketika iringi lawatan Mahathir ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu lalu.
Dengan tajuk ‘Sex, lies, videotapes and sharia in Malaysia‘ (Seks, penipuan, rakaman video dan hukum syariah di Malaysia), kupasan beliau dalam artikel itu selari tilikan Navaracha mengenai masa depan ‘gelap’ politik Anwar.
Wood mendedahkan bahawa politik Pakatan Harapan (PH) berjaya dibentuk Mahathir penuh dengan korupsi, seni pembohongan dan hipokrit selain ugutan melibatkan tokoh berpengaruh di negara rantau Asia tenggara tersebut.
Ini termasuklah ‘drama’ pembebasan Anwar menerusi pengampunan diraja sebagai proses tawar-menawar kuasa kerana Mahathir memerlukan seteru politiknya itu yang memiliki pengaruh besar dalam kalangan rakyat marhaen.
Tambahan pula, Mahathir amat dibenci PH dan majoriti rakyat kerana amalan penyelewengan sepanjang 22 tahun berkuasa sebagai perdana menteri yang keempat waima sanggup bertindak memenjarakan Anwar atas kes liwat.
Justeru penulis akhbar tersebut mendakwa telah menerima maklumat daripada sumber boleh dipercayai yang rapat dengan Mahathir bahawa Pengerusi PH itu tidak pernah berjanji untuk serah kuasa ketua kerajaan kepada Anwar.
Sebaliknya hasil rakaman suara eksklusif selama beberapa jam itu yang diperoleh oleh Wood mendedahkan tiada perjanjian bertulis konon Mahathir akan beri jawatan perdana menteri selepas dua tahun berkuasa kepada Anwar.
Bahkan apa yang berlaku, Mahathir bakal mencalonkan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan ini bermakna, tentu ada plot jahat untuk ‘sumbat’ Anwar kembali masuk ke penjara.
Langkah janggal Mahathir sengaja pilih Timbalan Presiden PKR itu jelas dapat dilihat apabila Azmin terpaksa lepas kedudukan Menteri Besar Selangor untuk sandang jawatan yang baharu diwujudkan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Dari segi hierarki, ia merupakan jawatan ketiga paling berkuasa dalam posisi jemaah Kabinet PH selepas Perdana Menteri dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang dilihat sekadar boneka.
Apakah Anwar akan bangkit berontak lawan Mahathir semula? Kerajaan Mahathir ada cara sendiri dan ia dipanggil ugutan! Ini termasuklah bongkar kes liwat ketiga Anwar dan kali ini dengan seorang remaja asing di luar negara.
Jika Anwar berdegil, rakaman itu yang disediakan perkhidmatan perisikan Jepun akan ditularkan secara luas di seluruh dunia dan apabila ‘meletup’, berita ini akan lengkap disusuli dengan pengesahan forensik pelbagai pihak.
Namun ada juga Pelan B iaitu Anwar tidak akan dimalukan sekali lagi, tetapi beliau sekadar perdana menteri boneka yang dikawal ‘orang’ Mahathir sama ada dalam Kabinet atau di luar pentadbiran kerajaan dan dipantau rapi 24 jam.
Ternyata Mahathir cukup bijak berpolitik dan isu ini turut disedari pihak kerajaan AS sendiri yang sebenarnya tidak begitu gembira dengan kemenangan dramatik PH dan terpaksa ‘berlakon’ buat sementara waktu. – Mynewshub.TV
Sobat baru saja selesai membaca :
Azmin Bakal PM Ke-8, Anwar Balik Ke Penjara?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Azmin Bakal PM Ke-8, Anwar Balik Ke Penjara? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Azmin Bakal PM Ke-8, Anwar Balik Ke Penjara? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/azmin-bakal-pm-ke-8-anwar-balik-ke.html