Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu

Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu
link : Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu

Baca juga


Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu

Hasil carian imej untuk Anwar selangkah bakal PM ke-8
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat tangan selepas diumumkan menang pada PRK Port Dickson di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Port Dickson malam ini. 


KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini selangkah  bakal Perdana Menteri kelapan selepas menang bergaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini.

Anwar memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon Pas. Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon bebas; bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82 undi), bekas Menteri  Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230 undi),  Lau Seck Yan  (214 undi), personaliti media sosial Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Sejarah menyaksikan pada dua puluh tahun lepas, figura penting politik ini dipecat daripada kerajaan, dipenjara atas tuduhan liwat sebelum bermulalah laungan reformasi yang akhirnya membentuk penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selepas dibebaskan dari penjara pada 2004 dan disekat daripada terlibat politik selama lima tahun, Anwar kembali ke pentas politik dengan menjadi calon PRK Permatang Pauh pada 2008.

Beliau yang memenangi PRK itu kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun terpaksa kembali ke penjara semula pada 2015 atas tuduhan liwat sebelum mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lepas.

Anwar dikenali sebagai penggerak utama agenda reformasi yang akhirnya membawa satu perubahan dalam landskap politik negara melalui perjuangan yang penuh liku.

Dilahirkan pada 10 Okt, 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.

Beliau menyambung ke pengajian menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari 1960 hingga 1966 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya dari 1967 hingga 1971.

Anwar, yang menerajui Yayasan Anda dan pertubuhan bukan kerajaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), mula terlibat dalam politik apabila menyertai Umno pada 1982 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum keenam pada tahun yang sama.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menang dan seterusnya mempertahankan kerusi itu dalam beberapa lagi pilihan raya umum.

Bintang Anwar cerah dan langkahnya pantas dalam politik apabila dilantik ke pelbagai jawatan dalam kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Beliau bermula sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1982, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986) dan Menteri Kewangan (1991).

Beliau yang dianggap sebagai 'anak didik' Mahathir kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sebelum dipecat pada 1998.

Kini, selaku wakil rakyat kawasan Port Dickson yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dan percutian popular, Anwar meneruskan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.

Anwar dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sah ke? Belum tentu..

Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir


Sobat baru saja selesai membaca :

Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Anwar Bakal PM Ke-8. Sah? Belum Tentu link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/anwar-bakal-pm-ke-8-sah-belum-tentu.html

Subscribe to receive free email updates: