Judul : Sumbat Getah Paip Dalam Kemaluan. Rogol &Penyelesaian.
link : Sumbat Getah Paip Dalam Kemaluan. Rogol &Penyelesaian.
Sumbat Getah Paip Dalam Kemaluan. Rogol &Penyelesaian.
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa rogol terbaharu di India dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Menurut pihak berkuasa, getah paip turut dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa dan dia kini ditempakan di Hospital New Delhi. Setelah menjalani beberapa jam pembedahan, gadis itu kini sedang direhatkan dan ditemani ibunya.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan, ujar timbalan polis New Delhi, Meghna Yadav. Dalam pada itu, pengerusi Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal turut mengecam insiden berkenaan.
"Baru sahaja bertemu dengan mangsa yang dirogol secara ganas di Seemapuri. Lelaki itu bawa dia ke taman, masukkan getah paip ke dalam kemaluan dan merogolnya.
"Dia sangat kritikal, mengalami pendarahan dan telah dibedah, ibunya merupakan ibu tunggal dan mereka miskin," tulis Swati di Twitter.
Mengulas lanjut mengenai hal itu, Swati dalam satu temu bual bersama CNN memaklumkan mengambil serius mengenai insiden itu.
"Kami sedang bekerja untuk pelan pemulihan bagi mangsa. Ia sangat malang kerana kes rogol tidak berkurangan di Delhi," katanya.
Tambah Swati lagi, dia tidak dapat membayangkan tahap kesakitan yang perlu dilalui mangsa pada usia itu.
Malah, beliau bertekad untuk memberi sokongan dari sudut perundangan agar si pelaku menerima pembalasan sewajarnya. - Edition.CNN.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana peyelesaiannya? Lihat berita ini.. (freemalaysiatoday.com Ridzwan April 20, 2016 12:17 PM)
[NILAI, M'sia: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.]
Kini, walaupun Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah Malaysia, namun tahap perundangan Islam tetap di tahap yang sama seperti di bawah BN dulu. Perundangan Islam, terlepas dari mulut harimau tetapi berdepan dengan buaya.
Apalagi bila dilihat kartun di bawah ini...
Sobat baru saja selesai membaca :
Sumbat Getah Paip Dalam Kemaluan. Rogol &Penyelesaian.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sumbat Getah Paip Dalam Kemaluan. Rogol &Penyelesaian. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sumbat Getah Paip Dalam Kemaluan. Rogol &Penyelesaian. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/sumbat-getah-paip-dalam-kemaluan-rogol.html