Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan

Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan
link : Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan

Baca juga


Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan


KUALA LUMPUR, 20 Sept — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau. 

Najib, 65, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi. Pendakwaan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam Tan sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan pembelaan.

Bagi kes rasuah, mengikut pertuduhan pertama Najib sebagai perdana menteri Malaysia, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 dengan mengambil empat tindakan pada 24 Feb 2011 dan 14 Jun 2011, di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan, di sini:

— Pada 1 April 2009, di bilik mesyuarat jemaah menteri, Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya melalui memorandum daripada menteri kewangan, Najib telah mendapatkan persetujuan jemaah menteri supaya kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada Terengganu Investment Authority Berhad (TIA). Jaminan itu bagi membolehkan TIA mendapatkan pinjaman sehingga RM5 bilion daripada pasaran domestik dan luar negara melalui Islamic Medium Term Notes Programme.

— Pada 29 Julai 2009, di tempat sama, Najib pada 3 April 2009 telah memutuskan supaya kerajaan persekutuan mengambil alih TIA dan selanjutnya telah menyebabkan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang mengenainya beliau mempunyai kepentingan secara langsung.

— Pada 26 Sept 2009, Najib telah mengarahkan lembaga pengarah 1MDB yang mengadakan satu mesyuarat khas di The Royale Bintang, Damansara, Petaling Jaya, untuk meluluskan satu resolusi membenarkan 1MDB untuk menyertai satu usahasama bersama PetroSaudi International Limited dengan membuat pelaburan sebanyak RM1 bilion saham biasa dalam syarikat itu pada harga US$1.00 setiap saham.

— Pada 16 Mei 2011, di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, No 8, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Najib telah menyebabkan lembaga pengarah 1MDB untuk meluluskan satu circular resolution yang membenarkan satu pelaburan tambahan sebanyak RM1 bilion (atau dengan nilai yang bersamaan dalam US$) di bawah Murabaha financing Agreement bertarikh 31 Mac 2010 dibuat di dalam 1MDB Petro Saudi Limited.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib didakwa antara 31 Okt 2012 dan 20 Nov 2012, di tempat sama, atas jawatan sama telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya berjumlah RM90,899,927.28 dengan mengambil dua tindakan:

— Pada 9 Feb 2012, di pejabat 1MDB, sebagai selaku menteri kewangan telah meluluskan 1MDB yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan melalui 1MDB Energy Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh 1MDB untuk menawarkan bidaan bagi tujuan cadangan pengambil alihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd pada harga bidaan sebanyak RM10.6 bilion.

— Pada 10 Ogos 2012, di tempat sama, sebagai selaku menteri kewangan telah meluluskan pengambilalihan ekuiti syarikat Mastika Lagenda Sdn Bhd dengan harga pembelian agregat sehingga RM2.75 bilion dan selanjutnya meluluskan 1MDB, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan untuk melaksanakan penerbitan 10-Year Structured Loan Note bernilai US$1.75 bilion.

Bagi pertuduhan ketiga pula, bekas perdana menteri itu didakwa antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri berjumlah RM2,081,476,926 melalui dua tindakan:

— Pada 25 Feb 203, di pejabat 1MDB, sebagai menteri kewangan telah meluluskan 1MDB, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan untuk memasuki satu perjanjian usahasama dengan Aabar Investment PJS.

— Pada 14 Mac 2013, telah meluluskan letter of support kepada 1MDB Global Investment Limited bagi tujuan sokongan kepada terbitan bon berjumlah US$3 bilion bagi pihak 1MDB, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai perdana menteri Malaysia, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat (1MDB) telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM49,930,985.70 dengan cara mengambil tindakan seperti berikut :

— Pada 20 Ogos di pejabat 1MDB, dalam kapasitinya sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB, telah mengarahkan lembaga pengarah 1MDB untuk meluluskan 1MDB Energy Holdings Limited untuk membuat pinjaman melalui Term Loan Facility sehingga US$975,000,000 daripada Deutsche Bank AG bagi tujuan terbitan 1MDB Eenergy Group IPO, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 23 Jun 2014 dan 19 Dis 2014.

Bagi kempat-empat pertuduhan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan lapor The Malay Mail



Sobat baru saja selesai membaca :

Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 Pertuduhan link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/skandal-1mdb-najib-mengaku-tidak-salah.html

Subscribe to receive free email updates: