'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam

'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam
link : 'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam

Baca juga


'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam

Hukuman sebat: 'Jangan tunjuk imej Islam bengis, aibkan umat' - Tun M

Kuala Lumpur: Hukuman sebat terhadap dua orang wanita di Terengganu memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan di Facebook, Dr Mahathir berkata ia seharusnya ditangani dengan nasihat terlebih dahulu kerana ia kes pertama seumpamanya.

“Kabinet berpendapat bahawa ini (hukuman sebat) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

“Sebaliknya, kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.
BACA: Sebat, denda kerana cubaan aksi 'lesbian': Suhakam kecam keputusan mahkamah Terengganu
BACA: Sebat depan khalayak: Air mata tertuduh gugur selepas jalani hukuman
BACA: Cubaan 'buat onar' dalam kereta gagal, pasangan lesbian di Dungun didenda, disebat

“Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. Sebab itu kami berpendapat bahawa, kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya," katanya.

Tun Mahathir berkata amat penting untuk umat Islam tidak menunjukkan imej Islam yang bengis dan suka menjatuhkan hukum berat serta mengaibkan orang.

“Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam. Ini adalah pendapat kabinet Kerajaan dan kami berharap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa.

“Sedangkan kita selalu, apabila bermula (memulakan) sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim”, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.

Pada 3 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu melaksa­nakan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dungun pada 8 April lalu. Selain disebat sebanyak enam kali, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian dia, bukam macam cakap orang Islam yang faham agama.



Sobat baru saja selesai membaca :

'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 'Sebat Wanita Tidak Cerminkan Keadilan Islam'. Kesian, Bukan Macam Cakap Orang Islam link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/sebat-wanita-tidak-cerminkan-keadilan.html

Subscribe to receive free email updates: