Judul : Sebat, Pesalah Memilih Dihukum Begitu.. -Tuan Ibrahim.
link : Sebat, Pesalah Memilih Dihukum Begitu.. -Tuan Ibrahim.
Sebat, Pesalah Memilih Dihukum Begitu.. -Tuan Ibrahim.
BANGI, 25 Zulhijjah 1439H, Khamis – Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Kabinet yang mengkritik hukuman sebatan dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, baru-baru ini.
Beliau berkata, kenyataan Kabinet jelas mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri yang berada di luar bidang kuasa kerajaaan pusat. Walhal, katanya, pesalah itu sendiri telah mengaku kesalahannya dan sedia dihukum sebagai tanda kesal di atas apa yang telah dilakukannya.
“Mereka juga diberi peluang untuk membuat rayuan dan mahkamah sedia menimbang rayuannya. Namun mereka tidak merayu dan sedia menerima hukuman.
“Tindakan melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai adalah selaras dengan perintah Allah dalam Surah An-Nur, ayat 2.
“Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Jangan kita mendahului Allah dan Rasul dalam urusan hidup dunia ini,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Kabinet memutuskan hukuman sebat terhadap dua pesalah wanita di Terengganu, baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, kes dua wanita yang dihukum sebat adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama mereka perlu diberkan nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara. Katanya, hukuman itu memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam.
Mengulas lanjut kenyataan itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, seringkali apa yang dikenalkan sebagai hukuman syarak (walau belum menepati sepenuhnya apa yang diperintah oleh Allah), dikritik dan dipertikaikan oleh sebahagian umat Islam dengan pelbagai tuduhan.
Sedangkan, katanya, hukuman tersebut jauh lebih ringan daripada sebatan dalam penjara, yang juga ternyata gagal mencegah jenayah berbanding hukuman syarak yang mahu mencegah jenayah dalam masyarakat.
“Hukuman ke atas pesalah yang ringan dengan enam kali sebatan syarie tidak langsung menyakiti apalagi mencederakan pesalah. Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah ia bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya.
“Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama.
“Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah kerana ia dilakukan secara tertutup. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah,” katanya.
Justeru, PAS menyeru kerajaan PH memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya.
Lihat sebelum ini..
- Hukum Sebat Bukti, M'sia Bukan Negara Islam.
- Sebat Yang Tidak Islamik -Ustazah Nuridah ...
- Hukum Sebat Ganti Khidmat Masyarakat?
- Kartika ...Boleh Ampunkan Kartika Kecuali... -Mohd Amar
- Hukum Sebat Itu Tidak Islamik -Presiden PASIsu Sebat:
- UMNO Lebih Ke Depan Tonjol Islam Dari ...
- SIS Sambut Baik Tidak Laksanakan Sebat.
- Hukum Sebat Di Aceh Mendidik, Mengapa Mereka ...
- Laksana Hukum Sebat T/Pakistan, Taliban Lumpuh?
- Sebat Kartika: Kalau DAP Tak Nak Terima.. -Nik Aziz.
- Dadah & Ameng: Pemimpin Juga Perlu Disebat?
- Bercium Di Aceh.. , Sebat & Hukum..
- Pertamakali 3 Penjenayah Syariah Disebat, Ikut ...
- Kes Arak, Apakah Najib Perlu Dirotan atau Disebat??
- Umno Punca Rakyat Tak Faham Hukum Islam
- Hudud: SIS Keliru, Bertaubatlah..
- Ameng: 8 Tahun Penjara 10 Sebat Dera. Islam?
- 2 Wanita Dirotan Di Aceh, Zalimkah?
- Sebat Di Aceh.. Serumah Bersama Janda
Sobat baru saja selesai membaca :
Sebat, Pesalah Memilih Dihukum Begitu.. -Tuan Ibrahim.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sebat, Pesalah Memilih Dihukum Begitu.. -Tuan Ibrahim. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sebat, Pesalah Memilih Dihukum Begitu.. -Tuan Ibrahim. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/sebat-pesalah-memilih-dihukum-begitu.html