Judul : Sah, Azmin Menang 176 Undi.Di P/Pinang
link : Sah, Azmin Menang 176 Undi.Di P/Pinang
Sah, Azmin Menang 176 Undi.Di P/Pinang
BUTTERWORTH: Permatang Pauh yang dahulunya diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memilih Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, menang bagi jumlah kiraan undi di semua 13 cabang di Pulau Pinang.
Azmin memenangi pemilihan parti itu di Pulau Pinang, mengatasi cabaran Rafizi di lapan cabang negeri manakala selebihnya berpihak kepada Rafizi.
Berdasarkan kiraan undi secara terkumpul, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mendapat 3,326 undi berbanding Rafizi 3,150 dengan majoriti hanya 176 undi.
Azmin menang di cabang Kepala Batas, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bayan Baru dan Bukit Mertajam manakala Rafizi menang di Permatang Pauh, Bagan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor dan Balik Pulau.
Keputusan itu sah setakat ini namun bergantung kepada pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din yang akan bermesyuarat bersama pihak pengaturcara sama ada keputusan itu adalah muktamad atau sebaliknya.
Rashid menerusi portal rasmi PKR berkata, perkara yang perlu diteliti ialah analisis teknikal sistem e-undi, pengesahan pengundi ragu dan pengesahan jumlah undi dalam sistem yang digunakan sehingga menimbulkan banyak masalah pada hari pemilihan tempoh hari.
Azmin menerusi akaun laman Twitter mengucapkan terima kasih kepada ahli PKR Pulau Pinang yang memilihnya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Sabtu lalu.
Sobat baru saja selesai membaca :
Sah, Azmin Menang 176 Undi.Di P/Pinang
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sah, Azmin Menang 176 Undi.Di P/Pinang dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sah, Azmin Menang 176 Undi.Di P/Pinang link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/sah-azmin-menang-176-undidi-ppinang.html