Judul : RM30 1 Jam. Inap Desa Jadi Sarang Pelacur. Tahniah Op Mega 4.0.
link : RM30 1 Jam. Inap Desa Jadi Sarang Pelacur. Tahniah Op Mega 4.0.
RM30 1 Jam. Inap Desa Jadi Sarang Pelacur. Tahniah Op Mega 4.0.
ALOR SETAR: Taktik warga asing menjadikan rumah inap desa sebagai sarang pelacuran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar selepas premis di Taman SP Height, Sungai Petani itu diserbu Jabatan Imigresen negeri, malam tadi.
Dalam Op Mega 4.0 bermula tengah malam sehingga jam 5 pagi itu, seorang lelaki dan wanita warga Myanmar tidak sempat melarikan diri, manakala seorang lelaki warga Nepal ditahan ketika cuba melarikan diri dengan memecahkan tingkap bilik inap desa berkenaan.
Wanita Myanmar terbabit dipercayai menjadikan rumah inap desa berkenaan sebagai tempat menjalankan kegiatan tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu, dengan mengenakan bayaran serendah RM30 sejam kepada pelanggan yang kebanyakan warga asing.
Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin, berkata secara keseluruhan seramai 26 warga asing diperiksa di lima lokasi berasingan sekitar Sungai Petani.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai sembilan warga asing pelbagai warganegara ditahan di empat rumah sewa dan inap desa kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
“Mereka yang ditahan ini adalah lima warga Indonesia termasuk bayi lelaki, dua lelaki, dua wanita dan seorang bayi lelaki warga Indonesia, Myanmar (2) dan Vietnam (2) berusia antara sembilan bulan hingga 41 tahun.
“Ketika operasi ini, seorang wanita warga Indonesia cuba menyorok di bawah selimut di bahagian dapur rumah bagi mengelak ditahan, namun tindakannya gagal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zuhair berkata, pemeriksaan awal mengesan semua warga asing terbabit tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah.
Menurutnya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hanya RM30 1 Jam, kini Inap Desa Jadi Sarang Pelacur. Tahniah Op Mega 4.0. kerana mampu membanterasnya..
Sobat baru saja selesai membaca :
RM30 1 Jam. Inap Desa Jadi Sarang Pelacur. Tahniah Op Mega 4.0.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RM30 1 Jam. Inap Desa Jadi Sarang Pelacur. Tahniah Op Mega 4.0. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: RM30 1 Jam. Inap Desa Jadi Sarang Pelacur. Tahniah Op Mega 4.0. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/rm30-1-jam-inap-desa-jadi-sarang.html