RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana?

RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana?
link : RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana?

Baca juga


RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana?




KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu sentiasa menyokong apa jua misi kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana di seluruh dunia bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung mereka.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, di Pulau Lombok, Indonesia umpamanya, kerajaan melalui anak-anak syarikatnya berkolaborasi menyediakan dana untuk tujuan tersebut.
Kali ini dana itu disalurkan melalui badan bukan kerajaan, PASRelief yang dapat mengumpul sebanyak RM100,000.
"Saya difahamkan, misi bantuan kemanusiaan itu adalah kali kedua. Kali pertama dibuat pada bulan Ogos dengan dana bantuan dibawa sebanyak RM50,000 dan empat orang anggota NGO itu terlibat," jelas beliau dipetik laman web teganukita.net.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pelepasan Misi Kemanusiaan Lombok 2.0 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), semalam. Hadir sama ialah Pengarah PASRelief, Mohd Sanusi Md Nor.dan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu menyokong penuh usaha misi kemanusiaan sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang mengalami kesulitan akibat bencana dan selainnya.
“Keperluan asas yang diperlukan oleh mereka tentulah banyak. Makanan, minuman, tempat untuk mereka berteduh, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang memerlukan usaha yang tidak sedikit,” katanya lagi.
Dr. Ahmad Samsuri turut menyatakan bahawa penglibatan pelbagai badan dan agensi dalam misi kemanusiaan ini dapat menambahkan lagi pengalaman dan jaringan sebagai sebuah organisasi NGO dengan negara luar.
“Saya percaya sedikit sebanyak apa yang cuba dibawa pada hari ini bukan sekadar membawa bantuan kewangan tetapi membawa roh dan semangat rakyat Malaysia.
"Kerajaan Negeri Terengganu secara khususnya bahawa apabila kita berhadapan dengan kesukaran, kita Insya-Allah akan hadir kerana kita tidak tahu satu hari nanti kita juga akan berdepan dengan kesukaran dan di saat itu kemungkinan kita juga mengharapkan rakan-rakan kita daripada luar datang membantu kita.
“Apa yang penting ialah kita meletakkan niat hanya kepada Allah SWT kerana pertolongan daripada Allah itu adalah pertolongan yang paling besar yang kita ini boleh saja merancang, merangka apa jua strategi, kaedah, tetapi akhirnya hendaklah kita serahkan kepada kekuasaan Allah SWT,” ujarnya lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH mewakili Malaysia, mana?
lbk2


Sobat baru saja selesai membaca :

RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/rm100ribu-tganu-bantu-mangsa-lombok-ph.html

Subscribe to receive free email updates: