PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong

PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong
link : PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong

Baca juga


PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong




CALON PH, Halimey Abu Bakar (gambar kanan) memperoleh 13,725 undi menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali dengan 9,698 undi, manakala calon PH Wong Siew Ki memenangi PRK DUN Balakong menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong, dengan majoriti 18,533 undi. - Foto NSTP 


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menepati ramalan untuk terus kekal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong apabila memenangi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.
Calon PH, Halimey Abu Bakar memperoleh 13,725 undi menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali dengan 9,698 undi.
Kemenangan Halimey dengan majoriti 4,027 undi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.
Beliau berkata, jumlah undian keseluruhan adalah 23,423 manakala 164 kertas undi ditolak dan peratusan keluar mengundi adalah 44.1 peratus.
Sementara itu di Bangi, calon PH Wong Siew Ki memenangi PRK DUN Balakong menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong, dengan majoriti 18,533 undi.
 SETIAUSAHA Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama ADUN Balakong yang baharu, Wong Siew Ki (dua dari kanan) meraikan kemenangan di pusat penjumlahan rasmi undi pada PRK DUN Balakong N.27 di Dewan Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi. - NSTP/Aizuddin Saad
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman, ketika mengumumkan keputusan itu, berkata, Siew Ki memperoleh 22,508 undi manakala Chee Teong meraih 3,975 undi dalam pertandingan satu lawan satu itu.
"Saya dengan ini mengumumkan Siew Ki dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong," katanya dalam pengumuman di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di sini, sebentar tadi.
Kata Rosli, peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah 43 peratus atau 26,483 orang, bilangan kertas undi yang ditolak adalah 227.
Pengumuman itu disambut sorakan gembira oleh Siew Ki dan penyokongnya yang setia menunggu di dalam dewan. Turut hadir, Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Kemenangan Siew Ki itu menepati ramalan beliau mampu mempertahankan kerusi kuat DAP yang dikuasai selama dua penggal oleh mendiang, Eddie Ng Tien Chee sejak Pilihan Raya Umum Ke 12 pada 2008.
 CALON Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar memenangi PRK DUN Seri Setia selepas berjaya meraih 13,725 undi berbanding pencabarnya, calon PAS, Dr Halimah Ali 9,698 undi dengan majoriti 4,027 undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Terdahulu, Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, mengumumkan peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Seri Setia ialah 43 peratus dan PRK Balakong 44 peratus.
Katanya, SPR akan menyemak semula untuk mengetahui sebab penurunan jumlah pengundi yang keluar mengundi untuk kedua-dua PRK itu.
"Ada kemungkinan faktor PRU-14 yang baru saja berlangsung empat bulan lalu salah satu sebab pengundi tidak keluar mengundi selain mungkin kerana mereka beranggapan apa juga keputusan daripada kedua-dua PRK malam ini tidak mengubah senario politik semasa," katanya. (BH)




Sobat baru saja selesai membaca :

PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: PH Kekal Di Seri Setia Dan Balakong link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/ph-kekal-di-seri-setia-dan-balakong.html

Subscribe to receive free email updates: