Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS.

Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS.
link : Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS.

Baca juga


Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS.



FIRMAN Allah:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (188)
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah. Dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada orang-orang yang berkuasa (pemerintahan dan hukuman) kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahuinya (kesalahannya)”. (Surah Al-Baqarah: 188)
Firman Allah menceritakan Nabi Sulaiman A.S menolak hadiah Maharani Balqis:
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ (35) فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِّمَّا آتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ (36)
“Dan (Maharani Balqis) berkata: Bahawa aku hendak mengirimkan hadiah kepada mereka (Sulaiman), kemudian aku akan menunggu apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita. (35); Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang menghadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikan-Nya kepada kamu. (Bukan aku seorang yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah)” (36). (Surah An-Naml: 35-36)
Telah disebutkan satu kisah dari Hadis Rasulullah S.A.W:
ورد في الحديث: "عن أبي حميد الساعدي قال استعمل رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا من الأسد يقال له ابن اللتبية قال عمرو وابن أبي عمر على الصدقة. فلما قدم قال: هذا لكم وهذا لي أهدي لي. قال: فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر فحمد الله وأثنى عليه. وقال: ما بال عامل أبعثه. فيقول هذا لكم وهذا أهدي لي أفلا قعد في بيت أبيه أو في بيت أمه حتى ينظر أيهدى إليه أم لا. والذي نفس محمد بيده لا ينال أحد منكم منها شيئا إلا جاء به يوم القيامة يحمله على عنقه بعير له رغاء أو بقرة لها خوار أو شاة تيعر..." (صحيح مسلم)
Disebut kisah di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abi Humaid Al-Saa’idi R.A. katanya: “Nabi Muhammad S.A.W. menugaskan seorang petugas mengumpulkan sedekah (pegawai zakat) daripada kabilah Al-Azad bernama Ibnu Allutbiyyah, (supaya mengurus pungutannya). Apabila dia tiba (menemui Rasulullah S.A.W) bagi menyerahkan hasil pungutannya dia berkata: “Ini yang (ditugaskan kepada saya) diserahkan kepada kamu, yang ini pula dihadiahkan kepada saya”. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bangun menaiki mimbar dan berucap: “Adakah yang dilakukan oleh petugas yang kami hantarkan, tiba-tiba dia datang berkata: “Ini diserahkan kepada kamu (mengikut ditugaskan kepadaku). Ini pula diberikan (hadiah) kepadaku”. Adakah sekiranya dia berada di rumah bapanya atau ibunya, menunggu sahaja, bukan kerana dia dilantik (memegang jawatannya) diberi juga kepadanya? Demi Tuhan yang diriku berada di bawah kuasa-Nya, tidaklah seseorang itu apabila menerima (habuan seperti itu) melainkan dibebankan (barang yang diterimanya), di atas lehernya di Hari Kiamat nanti. Kalau yang diambil itu unta, ia bersuara unta. Kalau lembu juga bersuara lembu. Dan kalau kambing juga bersuara dengan suara kambing (dibebankan dosa ke atas dirinya dengan harta haram itu)”. (Sahih Muslim)
Beginilah Al-Quran dan Hadis menunjukkan kepimpinan melalui teladan yang sebenarnya. Sehingga menolak apa sahaja nama pemberian yang diberi, bertujuan mempengaruhi orang yang ditugaskan menjadi pihak berkuasa, pemimpin negara, pihak pentadbiran, badan kehakiman dan lain-lain urusan pemerintahan. Apabila pemberian itu bukan sekadar bertujuan hadiah, tetapi ada perkara yang tersirat di sebaliknya bagi mempengaruhi urusan dan keputusan.
Islam mentakrifkan rasuah itu sebarang pemberian yang bertujuan mempengaruhi seseorang yang ditugaskan untuk membuat sesuatu keputusan dalam urusan dunia dan agama, sehingga boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Bukan sahaja boleh membuat keputusan yang salah. Walaupun keputusannya betul pada zahirnya, tetapi dipengaruhi oleh sogokan, menjadikannya tidak ikhlas.
Menunjukkan betapa Islam menentang rasuah dengan sekeras-kerasnya sejak zaman para rasul terdahulu sehingga kini. Bukan sahaja mengikut undang-undang negara, bahkan termasuk perkara agama, hukumnya haram berdosa besar yang dihukum juga terhadap pelakunya selepas meninggal dunia. Seterusnya pada Hari Kiamat nanti sekiranya dia terlepas daripada hukuman di dunia, dia tetap tidak terlepas di Hari Akhirat. Apabila tidak dihukum di dunia dengan hukuman yang adil atau tidak bertaubat dan meminta maaf serta meminta halal daripada orang yang dizaliminya.
Termasuk dalam perkara kesalahan rasuah itu pemberian habuan atau hadiah kepada seseorang pemimpin atau pegawai dengan sebab jawatannya atau kedudukannya supaya mempengaruhi urusannya, kerana ada kepentingan di sebaliknya yang menjadikan seseorang itu tidak berlaku adil terhadap rakyat. Atau tidak istiqamah membuat keputusan, kerana menjadikannya membuat keputusan yang terpilih yang tidak berlaku adil.
Pemberian sebegitu bukan tujuannya hadiah biasa yang dikira perkara sunat yang besar pahalanya, tetapi mempunyai tujuan yang tersirat yang salah di sebaliknya. 
Termasuk juga dalam perkara kesalahan rasuah yang berat hukuman dan besar dosanya mengikut kadar kesalahannya. Menjadikan hukumannya termasuk dalam perkara hukum takzir yang tidak dihadkan secara mandatori. Walaupun hukumannya tepat, sekiranya dipengaruhi juga oleh rasuah itu menjadikannya tidak ikhlas tanpa keberkatan dan pahala. Namun apa yang diterimanya tetap haram juga.

Betapa luasnya kaitan rasuah ini sehingga ia dilaknat ke atas penerima, pemberinya dan orang perantaraan. Sabda Rasulullah S.A.W.:
لعن رسول الله الراشي والمرتشي والرائش) رواه أحمد والطبراني)
“Dilaknat (menjadi celaka tidak mendapat rahmat Allah) terhadap pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaraan rasuah”. (Riwayat Ahmad dan At-Thabrani)
Amalan rasuah boleh merosakkan pentadbiran negara yang menjadi salah satu daripada peranan manusia di alam dunia mengikut ketetapan Allah. Apabila peranannya salah kerana salah lakunya, bukan sahaja merosakkan kehidupan diri manusia bahkan merosakkan alam sekitar, keamanan dan keselamatan.
Apabila pihak yang berkenaan membuat keputusan yang salah dalam kepimpinan, pengurusan, pentadbiran, keamanan, keselamatan dan kehakiman yang menjadikan hilangnya kedaulatan negara dan kehebatan undang-undang.
Berlakunya rasuah bermakna menempah keburukan seperti:
1. Hilangnya keberkatan hidup dalam diri dan keluarga kerana kekayaan yang dikumpulkan melalui rasuah itu tidak memberi apa-apa kebaikan dunia dan akhirat.
2. Amalan soleh daripada harta rasuah itu tidak diterima Allah, sama ada ibadat seperti zakat, haji, umrah, khidmat masyakat dan lain-lain. 
3. Hilangnya maruah diri dan keluarga. 
4. Hilangnya kasih sayang dalam masyarakat.
5. Laknat Allah.

Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ (267) الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (268)
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk haram) daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat dan lain-lain), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Sentiasa Terpuji. (267); Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu tidak mengambil yang haram itu). Dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji. Sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya” (268). (Surah Al-Baqarah: 267-268)
Aspek keimanan yang menjadi prinsip dan matlamat hukum Islam membezakannya dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana Islam menetapkan dengan tegas bahawa seseorang yang salah lakunya seperti rasuah dan sebagainya, tidak terlepas daripada hukuman. Walaupun dia terlepas di dunia dan paling berkuasa dan berpengaruh di sini. Sehingga menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya dapat melangkah kedaulatan undang-undang Allah di alam dunia dan undang-undang ciptaannya sendiri, membolehkannya berbuat salah laku, seperti rasuah dan lain-lain, walaupun nyata salahnya terang lagi bersuluh.
Islam menegaskan ada hukuman di Hari Akhirat, disaksikan oleh alam ghaib perhitungan dosa dan pahala. Firman Allah:
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (65)
“Pada waktu itu Kami materikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. (Surah Yaasin: 65)
Maka pihak yang berkuasa memerintah negara yang beriman, wajib bertindak tegas dan adil memerangi rasuah. Jangan sesekali bertindak secara terpilih, supaya tidak diulang bicara pada Hari Kiamat nanti. Adapun kepada yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat tetap tidak akan berbudiman sehingga akhirnya kerana sifatnya tidak bermaruah menjadikannya tiada perasaan malu terhadap sesama manusia.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Muharam 1440 / 12 September 2018 - HARAKAHDAILY 12/9/2018





Sobat baru saja selesai membaca :

Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Perangi Rasuah Secara Adil Bukan Terpilih -Prsiden PAS. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/perangi-rasuah-secara-adil-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: