Judul : Pendedahan Najib, LKS Pula Meroyan. RM2.6 bilion.
link : Pendedahan Najib, LKS Pula Meroyan. RM2.6 bilion.
Pendedahan Najib, LKS Pula Meroyan. RM2.6 bilion.
Semua naik! Lim Kit Siang pun naik beca yang dikayuh Madey.. Padan muka..
Hari ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa saya tak sepatutnya keluarkan bukti dana 1MDB kerana kes saya masih di mahkamah. Nampaknya Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu.
Nampaknya Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara. Untuk makluman Kit Siang, saya didakwa berkaitan SRC dan bukan 1MDB di mana saya yakin akan dapat mempertahankan diri dalam kes ini.
Justeru, saya berhak untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya mengenai isu 1MDB. Baru-baru ini, saya mencabar Kit Siang untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan wang yang disebut RM2.6b itu tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.
Semalam saya telah memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya. Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada dihantaran semalam di link ini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155586360370952
Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan dalam poket wang RM2.6b ini untuk membeli cincin dan beg tangan?
Saya juga dapati pihak polis turut mengeluarkan kenyataan semalam bahawa RM2.9 bilion pernah masuk ke dalam akaun peribadi. Namun, saya dapati mereka tidak menyatakan bahawa saya sudah memulangkan wang RM2.6b itu dan tidak menyebut bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta ialah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.
Najib Razak
………….
http://pakdin.my/tag/raja-saud
RM2.6 bilion: Najib dedah bukti derma telah dipulangkan
http://pakdin.my/?p=78665
RM2.6 bilion: Lain saya cabar, lain dia tulis – Najib tempelak Kit Siang
http://pakdin.my/?p=78624
RM2.6 bilion: Kit Siang sembunyi fakta – Najib
http://pakdin.my/?p=78619
RM2.6 bilion: Najib dedah dokumen buktikan tuduhan Mahathir dan Sarawak Report fitnah semata-mata
http://pakdin.my/?p=78546
Sobat baru saja selesai membaca :
Pendedahan Najib, LKS Pula Meroyan. RM2.6 bilion.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pendedahan Najib, LKS Pula Meroyan. RM2.6 bilion. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pendedahan Najib, LKS Pula Meroyan. RM2.6 bilion. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/pendedahan-najib-lks-pula-meroyan-rm26.html