Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, tuduhan itu tidak wajar kerana penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu hanya memberi penjelasan mengenai apa yang terkandung dalam pelbagai kitab agama untuk perbandingan umum.
Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, ia terpulang kepada pihak yang mendengar ceramah tokoh tersebut untuk membuat kesimpulan dan mengambil manfaat.
"(Zakir) beri penjelasan mengikut kitab masing-masing, kitab Hindu dia bagitahu, kitab Kristian pun dia bagitahu, begitu juga kitab Islam kita, kemudian buat perbandingan, terpulanglah kepada mereka yang mendemgar, itu bukan memperkecilkan.
"Kita terima dia sebagai seorang pendakwah, kita perlu terbuka kerana seorang pendakwah tugasnya menyampaikan kebaikan," katanya selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Dr Mujahid Yusof dalam ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, kelmarin yang mendakwa ilmuwan agama itu menggunakan kaedah perdebatan merendahkan agama lain yang tidak sesuai dengan konteks Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Nik Amar Jawab Dr Mujahid: Dr Zakir Naik, Tahfiz, Syiah, Kahwin Muda..


Nik Amar Jawab Mujahid : Dakwah Dr Zakir Naik Tidak Sesuai Di Negara Ini.