Judul : Masih Ada Najis Zina Ditawar Di Hotel M'sia.
link : Masih Ada Najis Zina Ditawar Di Hotel M'sia.
Masih Ada Najis Zina Ditawar Di Hotel M'sia.
PETALING JAYA - Wanita warga Thailand dicekup Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor di sebuah hotel di Dataran Mentari, di sini, kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.
Kegiatan itu berjaya dilumpuhkan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, hasil maklumat dan risikan. Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata kegiatan tidak bermoral itu berselindung di sebalik hotel.
"Polis telah menahan empat wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an di bilik yang berasingan.
"Pelbagai barang telah dirampas antaranya tisu, kondom, tuala dan pasport," katanya.
Beliau mendedahkan, pihaknya percaya wanita ini menggunakan hotel untuk aktiviti seks dan menjadikan medium aplikasi Wechat untuk mencari pelanggan sejak sebulan lalu.
Tambahnya, pelanggan akan ditawarkan harga RM150 hingga RM200 mengikut pakej yang diberikan wanita terbabit.
"Siasatan terus dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan," katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi jenayah najis zina ini?
Menurut Dr Zakir Naik, seorang pendakwah antarabangsa, "Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini " Katanya di Nilai Malaysia beberapa tahun lalu. [Lihat berita ini.. (freemalaysiatoday.com Ridzwan April 20, 2016 12:17 PM]
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi. PAS juga cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur beberapa tahun lalu.
Kini, walaupun Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah Malaysia, namun tahap perundangan Islam tetap di tahap yang sama seperti di bawah BN dulu. Perundangan Islam.. terlepas dari mulut harimau BN, tetapi berdepan pula dengan mulut buaya PH?
Sobat baru saja selesai membaca :
Masih Ada Najis Zina Ditawar Di Hotel M'sia.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Masih Ada Najis Zina Ditawar Di Hotel M'sia. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Masih Ada Najis Zina Ditawar Di Hotel M'sia. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/masih-ada-najis-zina-ditawar-di-hotel.html