Judul : K'sama PAS/UMNO, Macam Bapak Perompak Jadi Pemimpin Suci PH?
link : K'sama PAS/UMNO, Macam Bapak Perompak Jadi Pemimpin Suci PH?
K'sama PAS/UMNO, Macam Bapak Perompak Jadi Pemimpin Suci PH?
KUALA LUMPUR – Kerjasama politik di antara UMNO dan Pas dilihat bertambah erat selepas beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti tersebut mula mengadakan pertemuan dan perbincangan demi penyatuan orang Melayu serta agama Islam.
Terbaharu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berkongsi beberapa keping gambar yang dimuat naik ke Facebook miliknya melibatkan pertemuan kepemimpinan kedua-dua parti.
Perjumpaan yang diadakan di rumah Mohamad, semalam itu dihadiri beberapa kepemimpinan tertinggi Pas iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Mohamad berkata, pertemuan itu merupakan satu pendekatan terhadap penyatuan ummah Melayu dan Islam.
“Satu pendekatan terhadap penyatuan ummah Melayu dan Islam. Perjumpaan ramah mesra minum petang di rumah saya dengan Abdul Hadi, Tuan Ibrahim, Takiyuddin dan Ahmad Shamsuri.
“Turut serta, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin,” katanya dalam status berkenaan, semalam.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi yang turut berkongsi gambar pertemuan tersebut berkata, perjumpaan itu membincangkan mengenai masa depan Islam dan ummah.
“Pertemuan mesra dengan barisan pimpinan Pas di rumah Timbalan Presiden UMNO diketuai Abdul Hadi. Banyak perkara yang dibincangkan berkisar mengenai masa depan Islam dan Ummah di Malaysia. Moga Allah merahmati pertautan ukhwah yang mula mekar atas dasar kasih sayang kerana Allah,” katanya dalam perkongsian di Facebook miliknya. – UM
MR : Macai PH daripada 2008 buat fitnah PAS-UMNO, akhirnya apa yang difitnah kini telah menjadi kenyataan, siapa sangka itu semua kerja Allah s.w.t. Macam juga Mahathir bapa perompak kini jadi PIMPINAN SUCI PH....
MINDARAKYAT
Sobat baru saja selesai membaca :
K'sama PAS/UMNO, Macam Bapak Perompak Jadi Pemimpin Suci PH?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang K'sama PAS/UMNO, Macam Bapak Perompak Jadi Pemimpin Suci PH? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: K'sama PAS/UMNO, Macam Bapak Perompak Jadi Pemimpin Suci PH? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/ksama-pasumno-macam-bapak-perompak-jadi.html