K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah..

K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah..
link : K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah..

Baca juga


K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah..


Oleh : Ariss Alias
SETIU - Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan perlu melaksanakan tanggungjawab membela nasib penoreh getah yang sering diabaikan kebajikan mereka. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat melaksanakan harga siling bagi menstabilkan pendapatan penoreh.

"Skim Insentif Penoreh (IPG) hendaklah ditambah baik oleh Kerajaan Persekutuan dan pihak-pihak yang bertanggungjawjawab.
"Kerajaan pusat wajar mengambil serius kebajikan penoreh getah di negara ini yang sering dipinggirkan.
Siapa lagi yang akan membela nasib mereka jika bukan kerajaan yang diberi mandat," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, baru-baru ini (19 September).


Sementara itu, seorang penoreh getah, Alpatlo Isa, 57, yang ditemui di Kampung Bukit Layat amat berharap agar harga lantai getah sekerap dapat ditetapkan oleh kerajaan pada harga RM4 sekilogram.

"Kami ini tidaklah berpendapatan tinggi, paling tinggi upah pun hanya antara RM500 hingga RM600 sebulan setelah dibahagikan hasil dengan tuan kebun," jelasnya.

Seorang lagi penoreh getah, Che Rosmin Che Soh, 57, berkata, keadaan penoreh diburukkan lagi dengan harga pasaran getah yang menjunam sehingga berada di paras RM2.20 sekilogram.

"Saya amat berharap kerajaan dapat menstabilkan harga getah, jika tidak kami sukar keluar dari aras kemiskinan sekiranya keadaan ini berterusan.
"Saya bernasib baik mempunyai pendapatan tambahan iaitu hasil tanaman padi, tetapi ramai sahabat-sahabat lain hanya mengambil upah menoreh, keadaan mereka amat perit dan sukar," tambahnya. (Teganukita)


Sobat baru saja selesai membaca :

K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: K/Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/kpersekutuan-perlu-bela-nasib-penoreh.html

Subscribe to receive free email updates: