Judul : Imej Islam Yang Sedang Dirosakkan -Dr Ismail Ibrahim.
link : Imej Islam Yang Sedang Dirosakkan -Dr Ismail Ibrahim.
Imej Islam Yang Sedang Dirosakkan -Dr Ismail Ibrahim.
TOLERANSI antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang diamalkan di negara ini perlu ditonjolkan dengan tegas dan berani supaya imej Islam tidak dirosakkan. GAMBAR HIASAN/UTUSAN
SEBUAH institut penyelidikan di Amerika Syarikat, Public Religion Research Institute dalam satu penyelidikannya tentang nilai Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyatakan bahawa tidak ada sebarang kepercayaan agama, kumpulan kaum dan etnik yang didiskriminasikan sebegitu rupa selain daripada penganut Islam dan agama Islam itu sendiri.
Ketakutan kepada Islam dan para penganutnya (Islamophobia) telah menjadi satu wabak dan menjadi penyakit dalam masyarakat tersebut, malah ancaman sering ditujukan kepada orang Islam.
Peristiwa yang berlaku kepada James Foley, seorang pemuda AS yang juga wartawan televisyen terkenal yang dipaksa berlutut di hadapan seorang ‘jihadis’ berpakaian serba hitam memegang parang tajam, yang dihubungkan dengan gerakan kumpulan ganas Islam di sebuah negara Islam tidak lama dulu amat mengerikan.
Pemuda ini diminta supaya membaca teks pengakuan yang telah disediakan dan dia membaca dengan suara yang amat mengharukan, penuh rasa takut dan tertekan. Lalu apabila selesai saja dia membacanya, maka mungkin tidak banyak penonton yang sanggup melihat pandangan seterusnya iaitu penyembelihan yang dilakukan terhadap Foley dengan memotong lehernya seperti menyembelih lembu dan kerbau.
Presiden Donald Trump ketika memenangi kerusi Presiden AS telah melaksanakan agenda pertamanya dalam memerangi gejala Islamophobia ini dengan tindakannya mengharamkan orang Islam dari tujuh buah negara Islam daripada memasuki negaranya.
Mungkin ramai di antara kita yang masih ingat kenyataan Presiden Trump kepada Anderson Cooper dari CNN bahawa “Islam membenci kita” yang dengan sendirinya menyatakan bahawa penganut Islam yang berjumlah 1.6 bilion di seluruh dunia ini adalah memusuhi AS.
John L. Esposito menggambarkan hal ini dalam tulisannya tentang gejala Islamopobhia sebagai satu pendirian yang membawa kehancuran terhadap kemanusiaan (apocalyptic world view) dengan tindakan yang melulu dan hanya mengandungi unsur-unsur ketakutan yang tidak berasas.
Menurut Esposito lagi, pendirian ini juga mengesahkan hasrat Trump yang bercadang untuk menukar program Memerangi Keganasan Puak Pelampau (Countering Violent Extremism- CVE) kepada Memerangi Keganasan Islam (Countering Islamic Violence- CIV).
Akhirnya, Presiden AS itu mengeluarkan perintahnya bahawa Baitulmuqaddis dijadikan ibu kota Israel keseluruhannya tanpa mempedulikan sebarang bantahan dunia lain.
Namun dalam keadaan yang amat genting bagi umat Islam dan dunia Islam ini, kita sendiri tidak mengetahui kebenarannya tentang peri laku keganasan yang sering digambarkan sebagai keganasan umat Islam sendiri kerana segala agensi berita antarabangsa dikuasai oleh pihak musuh Islam sendiri dalam dunia politik dan ekonominya.
Gerakan anti-agama terutamanya Islam amat kuat sekali ombak dan geloranya di dalam dunia hari ini, malah sebarang kepercayaan kepada agama akan dianggap sebagai musuh bagi seluruh dunia. Sedangkan Islam sering dirosakkan imej dan prestasinya oleh segelintir gerakan politik umat Islam sendiri. Dan ditambah pula dengan segala helah yang dilakukan oleh musuhnya untuk mengabui pandangan dunia seluruhnya terhadap umat Islam.
Namun begitu dalam keadaan yang genting ini, umat Islam seharusnya akan segera menyedari akan ajarannya yang menyeru kepada keamanan dan kesepaduan sama sendiri dalam memprojekkan imej Islam yang berhikmah dan bijaksana.
Kehidupan dalam dunia politik dan kebajikan, tata susila dan nilai murni akhlak serta etika yang tinggi haruslah direalisasikan oleh umat Islam sendiri. Ini termasuk mencipta kehidupan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita dan contoh teladan yang baik untuk menjadi pengajaran kepada semua warga negara berbilang kaum dan agama ini.
Hal ini hendaklah ditonjolkan dengan tegas dan berani supaya dengan itu masyarakat seluruhnya akan dapat memahami toleransi agama Islam dan sempadan-sempadan yang harus mereka menjaganya dengan penuh waspada untuk mencipta keharmonian dalam negara dan sesama umat yang berbeza-beza bangsa, bahasa dan agama ini.
Inilah sebenarnya slogan yang amat bererti bagi agama Islam, bahawa ajarannya adalah untuk kehidupan global yang aman damai (peaceful coexistence) bersatu di dalam kepelbagaian (unity in diversity) sebagai satu sistem hidup holistik dan rahmat untuk alam seluruhnya.
DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM ialah Ahli Lembaga Pengarah
Institut Integriti Malaysia (Integriti). -Utusan Online.
Sobat baru saja selesai membaca :
Imej Islam Yang Sedang Dirosakkan -Dr Ismail Ibrahim.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Imej Islam Yang Sedang Dirosakkan -Dr Ismail Ibrahim. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Imej Islam Yang Sedang Dirosakkan -Dr Ismail Ibrahim. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/imej-islam-yang-sedang-dirosakkan-dr.html