Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari

Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari
link : Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari

Baca juga


Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari


AHLI Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim, seorang abangnya dan seorang sepupu mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk permohonan reman berhubung siasatan kes rasuah. 

Azeez, abangnya Latiff dan sepupu mereka itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa oleh ke mahkamah pada kira-kira jam 10.35 pagi.

Individu berkenaan dibawa oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiganya ditahan oleh pasukan tersebut semalam dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana didakwa menerima rasuah.

Sekumpulan kira-kira 50 orang penyokong berhimpun di luar mahkamah sebagai tanda setiakawan.

Laporan media semalam mengaitkan penahanan individu berkenaan dengan kontrak kerajaan di bawah seliaan Azeez.

Kontrak tersebut didakwa diberikan kepada sebuah syarikat yang beliau ada kepentingan.

Media juga melaporkan mereka disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Pada Mei lepas, SPRM menggeledah rumah Azeez di Subang Jaya, Baling dan juga pejabatnya di Jalan Tun Razak.

Pihak berkuasa merampas wang tunai RM500,000 dan wang asing dengan nilai tukaran hampir RM1.2 juta.

Azeez mendakwa wang tersebut untuk membiayai misi ke Gaza, Palestin dan untuk bantuan Ramadan bagi Umno bahagian Baling.

Azeez yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno dilantik ke Lembaga Tabung Haji pada 2011 dan kemudiannya menjadi pengerusi pada 2013 lapor The Malaysian Insight


Sobat baru saja selesai membaca :

Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/bekas-pengerusi-tabung-haji-direman.html

Subscribe to receive free email updates: