Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS

Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS
link : Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS

Baca juga


Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS



Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan akan lahir satu barisan baru pembangkang bagi menghadapi kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). 
Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini Abdul Hadi juga menjelaskan setiap suatu gabungan parti politik mempunyai hayat tertentu. 

"Kalau Perikatan (gabungan sebelum BN) dulu ada hayat dia, (maka) BN juga ada hayat dia," katanya. 

Jelas presiden PAS itu orang ramai wajar menantikan perkembangan baru selepas ini.  Kata Abdul Hadi PAS sentiasa bekerjasama dengan sesiapa saja yang dianggap boleh memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. 

"Dan akan berlaku satu perubahan yang lain... akan berlaku. Kita tunggu dan lihat," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini. 

PAS sedang mengadakan muktamar tahunannya sehingga Ahad ini.  Ketika negara semakin menghampiri PRU ke-14 PAS dilihat bersikap semakin lunak kepada Umno walaupun di atas kertas kedua-dua parti berseteru dengan satu sebagai kerajaan dan satu lagi pembangkang. 

Andaian tak nak layan 

Bagaimanapun selepas 9 Mei, Umno - dan BN - gagal mendapat mandat untuk kekal menjadi kerajaan dan terpaksa menjadi pembangkang.  PAS pula kekal pembangkang kecuali di Kelantan dan Terengganu.  Perkembangan itu menyaksikan kedua-dua parti semakin akrab dan secara terbuka menjalin kerjasama walaupun belum ada ikatan rasmi. 

Untuk rekod di atas kertas BN kini hanya dianggotai Umno, MCA dan MIC selepas parti lain mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu selepas HARAPAN menawan Putrajaya.  Kata Abdul Hadi perubahan yang dibayangkannya itu juga akan diikuti dengan perubahan gabungan parti-parti yang ada di negara ini, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Bagaimanapun beliau enggan mengatakan BN akan terkubur. 

"Kalau komunis yang diharamkan (pun) tak terkubur... BN bukan diharamkan," katanya lagi. 

Abdul Hadi juga - seperti biasa - enggan menjawab apabila ditanyakan sama ada perubahan itu akan melibatkan gabungan PAS dan Umno secara rasmi.  "Saya tak boleh jawab (soalan) andaian," katanya. (MINDARAKYAT)


Sobat baru saja selesai membaca :

Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/bakal-lahir-gabungan-baru-tanpa-bn.html

Subscribe to receive free email updates: