Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun

Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun
link : Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun

Baca juga


Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun

Hasil carian imej untuk ibrah dari hijrah


MAAL Hijrah disambut pada setiap 1 Muharram, bukan kerana tarikh ini bermula peristiwa hijrah Rasulullah atau sempurna misi hijrah Baginda ke Madinah, tetapi kerana Saidina Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah sebagai permulaan pengiraan kalendar Islam yang berasaskan peredaran bulan mengelilingi bumi. Adapun nama Muharram dan 11 bulan lain telah wujud dalam masyarakat Arab sebelum kelahiran Nabi S.A.W lagi.
Saidina Umar ketika menjadi khalifah kedua umat Islam memilih cadangan Saidina Ali supaya dijadikan tahun peristiwa hijrah sebagai permulaan pengiraan kalendar Islam, walaupun terdapat cadangan supaya dipilih tahun gajah, tahun Nabi dilahirkan. Ada juga cadangan supaya dikira bermula tahun Nabi menerima wahyu, dan bermacam lagi cadangan. Menandakan peristiwa hijrah merupakan titik penting pada pandangan Sahabat yang terkenal kritis dan berpandangan jauh itu.
Peristiwa hijrah berlaku kerana Baginda ingin menegakkan sebuah sistem kehidupan yang bebas mempraktikkan seluruh cara hidup Islam. Peristiwa hijrah adalah sebab tertegaknya sebuah sistem politik Islam dengan berdirinya Kerajaan Islam Madinah. Piagam Madinah menjadi Perlembagaan Negara, menyempurnakan rukun penubuhan negara iaitu rakyat, pemimpin, tanah, undang-undang dan kedaulatan.
Hijrah sering diulas dari segi maksud bahasa iaitu perpindahan dari yang buruk kepada baik. Digunakan berbagai istilah seperti reformasi, transformasi, revolusi, pembaharuan, perubahan dan sebagainya. Tetapi secara peribadi saya lebih sukakan terma anjakan paradigma (paradigm shift). Ini kerana anjakan bermaksud melangkah ke hadapan, daripada satu peringkat kepada peringkat yang lebih baik tanpa meninggalkan persepsi negatif kepada peringkat terdahulu.
Penghijrahan Baginda dari Makkah ke Madinah adalah satu anjakan paradigma, bukan kerana Islam berada di peringkat yang buruk di Makkah, tetapi kerana umat Islam telah bersedia untuk memikul tanggungjawab memimpin kerajaan setelah melalui proses pembentukan jati diri (tarbiyyah) selama 13 tahun. Segala kesukaran dan seksaan yang dihadapi oleh Nabi dan para Sahabat bukan kerana Islam itu lemah atau perancangan yang silap, tetapi kerana tuhan sedang mengatur sebuah kumpulan manusia terbaik dari segi fizikal, mental dan spiritual; akidahnya, syariatnya dan akhlaknya.
Pengajaran utama daripada sambutan Maal Hijrah saban tahun tentu sekali adalah berkait dengan sebab peristiwa hijrah itu berlaku; anjakan paradigma ke arah penegakan sebuah sistem politik. Daripada penegakan Madinah inilah, dakwah Islam memasuki fasa baru sehingga walau 10 tahun cuma Madinah tertegak, orang yang memeluk Islam sudah berganda kepada ratusan ribu, berbanding era Makkiyyah yang cuma berjaya menarik kira-kira 100 orang Islam dalam tempoh 13 tahun.
Apakah yang lebih berharga dari memimpin satu jiwa ke arah tuhannya? Sabda Rasulullah S.A.W:
لأنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا ، خَيْرٌ لَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
"Memimpin seseorang menerima hidayah Allah adalah lebih berharga dari nilai dunia dan seluruh isinya."
[HR Ibn Mubarak]
Rahsia kejayaan dakwah Nabi S.A.W adalah kerana sistem politik Islam. Apabila sistem politik berubah, Islam dapat dipraktikkan bukan sekadar amalan fardi, tetapi juga sudut ekonomi, pentadbiran, pendidikan, pertanian, alam sekitar, budaya dan sebagainya. Islam berjaya dilihat secara holistik tanpa cacat cela. Inilah dakwah bil hal (dakwah dengan tindakan) yang berjaya menarik seluruh masyarakat Arab hingga perbatasan Rom dan Parsi kepada Islam.
Abu Ala al-Maududi menyatakan di dalam bukunya Khilafah wal Mulk, tugas utama Rasulullah S.A.W di atas muka bumi adalah dakwah, dan tugas kedua adalah khilafah. Maka tugas khilafah (pemerintahan) adalah wasilah kepada misi dakwah.
Sempena Maal Hijrah 1440 tahun ini, marilah kita hayati intipati sebenar peristiwa hijrah. Rakyat Malaysia bertuah kerana berjaya melihat perubahan kerajaan pasca PRU14 bukan sahaja di peringkat Persekutuan, tetapi di hampir seluruh negeri. Perubahan ini sepatutnya membawa politik dan budaya rakyat ke arah mempraktikkan Islam secara holistik. Inilah masanya kerajaan baharu negara dan negeri melakukan anjakan daripada sistem yang sedia ada kepada sistem yang lebih Islamik.
Tidak ada apa erti perubahan sebuah kerajaan tetapi yang berubah hanya wataknya, tapi sistemnya masih yang sama. Korupsi akan terus berulang, ekonomi tidak akan pulih, politiking terus berulang, jenayah semakin membarah, penipuan dan pengkhiatan janji tidak ada bezanya, dan mentaliti rakyat masih di takuk lama.
Mesej akhir kepada kerajaan sebagai salah seorang sekretariat penggubal Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS2051), lihat dan dalamilah dokumen yang kami sediakan ini. Ia adalah satu model pemerintahan negara berasaskan kerangka Islam. Mencakupi 10 teras utama sektor pentadbiran Malaysia dan dibahagikan kepada tiga fasa, sehingga mencapai status negara sejahtera tahun 2051.
Mungkin tuhan belum izinkan PAS untuk mengaplikasikan wawasan ini, tetapi tidak bermakna wawasan yang baik demi rakyat dan negara ini perlu diabaikan begitu sahaja. Tidak kisah siapa yang melaksanakan, asalkan ia terlaksana. Sehingga sekarang, Kerajaan Pusat masih tidak menunjukkan tanda-tanda mereka punya idea untuk merubah sistem yang diwarisi sejak zaman penjajah ini. Malah dilihat undur ke belakang apabila kembali kepada SST yang sudah dimansuhkan.
Semoga umat Islam tidak lupa tanggungjawab mereka mengembalikan sistem politik kepada Islam, tugas semua manusia terutama para Rasul sejak Nabi Adam A.S. Dan semoga usaha yang kita lakukan menjadi mata rantai ke arah tertegaknya Khilafah Islam akhir zaman yang dijanjikan oleh Nabi S.A.W.
Salam Maal Hijrah 1440
"Hijrah Sistem Politik"
1 Muharram 1440
11 September 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) 
HARAKAHDAILY 11/8/2018



Sobat baru saja selesai membaca :

Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/09/anjakan-sistem-politik-ibrah-dari.html

Subscribe to receive free email updates: