RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun...

RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun... - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun..., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun...
link : RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun...

Baca juga


RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun...


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kejatuhan nilai ringgit ketika ini disebabkan ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Nilai semua mata wang jatuh kerana keadaan ekonomi dunia ketika ini tidak menentu. Terdapat perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat (AS).
“Masalah di Eropah, peperangan dan macam-macam lagi berlaku yang menyebabkan banyak nilai mata wang jatuh, bukan Malaysia sahaja,” katanya dipetik dari laporan BH Online.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kejatuhan nilai ringgit ke paras RM4.10 semalam, yang merupakan paras terendah tahun ini.
Nada kenyataan Dr Mahathir itu agak berbeza dengan dakwaannya pada Oktober 2015 lalu yang mengaitkan kejatuhan nilai ringgit ketika itu dengan kelemahan pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1MDB.
Waktu itu juga beliau cuba meyakinkan orang ramai bahawa nilai ringgit akan kembali meningkat secara mendadak sekiranya Najib dijatuhkan.
“Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata,” kata Dr Mahathir dipetik dari laporan Mstar Online bertarikh 3 Oktober 2015.
Dalam laporan Sinar Online tarikh yang sama, Dr Mahathir turut mengulangi keyakinan serupa bahawa kejatuhan Najib akan disusuli dengan kenaikan nilai ringgit.
“Saya yakin kalau Najib tidak jadi Perdana Menteri, akan meningkatkan semula nilai mata wang kita dan barulah kemusnahan ini akan berakhir,” ujarnya penuh yakin.
Nilai ringgit pada 9 Mei 2018, hari terakhir Najib sebagai PM berada di paras RM3.95 berbanding AS$1 bagaimanapun menyaksikan kemerosotan ketara selepas kerajaan PH diketuai Dr Mahathir mengambil alih kerajaan sejak tiga bulan lalu.
Semalam ringgit diniagakan pada paras RM4.10 bagi setiap dolar AS. Nilai yang sama turut direkodkan pagi tadi apabila pasaran dibuka.
Pada 7 Januari 1998, ringgit pernah merekodkan nilai terendah dalam sejarah apabila mencecah RM4.88 berbanding dolar AS.
Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir, menyalahkan aktiviti spekulasi mata wang oleh George Soros sebagai penyebab kejatuhan nilai ringgit waktu itu. – SuaraTV


Sobat baru saja selesai membaca :

RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun...

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun... link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/08/rm-merudum-dulu-salah-najib-kini-salah.html

Subscribe to receive free email updates: