Judul : Perangai Buruk Dalam PH? Siapa Agaknya? Lihat Ini Kata Wan Saiful..
link : Perangai Buruk Dalam PH? Siapa Agaknya? Lihat Ini Kata Wan Saiful..
Perangai Buruk Dalam PH? Siapa Agaknya? Lihat Ini Kata Wan Saiful..
PKR Jangan Jangkitkan Perangai Buruk Dalam PH!
KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi peringatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya jangan menjangkitkan perangai buruk parti itu kepada Pakatan Harapan (PH).
Pemimpin PPBM, Wan Saiful Wan Jan berkata, dakwaan yang dibuat beberapa pemimpin PKR bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi pemimpin negara sebagai biadap.
“Rakan-rakan dalam PKR wajar menjadi lebih beradab dalam kata-kata mereka terhadap pemimpin parti lain dalam PH.
“Dalam keghairahan mencari jawatan dalam parti, berbicaralah mengenai hal ehwal parti sendiri dan jangan fitnah pemimpin parti lain,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Wan Saiful berkata, tuduhan liar dan fitnah mungkin budaya pihak lain, tetapi mendakwa PPBM diajar oleh Mahathir untuk menghormati semangat setiakawan dalam PH.
Namun, katanya, dalam PH menghormati persahabatan, jangan ada pemimpin parti lain yang celupar memfitnah semata-mata kerana nafsu mahu mengejar jawatan dunia.
Tegas beliau, perangai buruk tidak berakhlak pemimpin PKR itu bukan budaya yang dimahukan dalam gabungan PH dan tidak sepatutnya mengheret pihak lain dalam perpecahan teruk parti sendiri.
“Pemimpin atasan PKR perlu tegas dalam hal ini. Mereka perlu buktikan mereka tidak bersetuju dengan sikap yang biadap. Jika tidak, rakyat akan menganggap bahawa pemimpin atasan PKR meredhai fitnah dan perangai buruk yang ditunjukkan,” katanya. –Mynewshub.tv
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya 'Perangai Buruk Dalam PH' memang ada, dan ditakuti berjangkit pula. Siapa agaknya? Bongkar-bongkarlah, biar pekung busuk itu berjaya dihapuskan jangan sempat menular.
Jangan pedulikan balaci-balacinya, mereka itu tak tahu apa satu! Lebih-lebih lagi bab-bab agama.. Jahil sangat!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya 'Perangai Buruk Dalam PH' memang ada, dan ditakuti berjangkit pula. Siapa agaknya? Bongkar-bongkarlah, biar pekung busuk itu berjaya dihapuskan jangan sempat menular.
Jangan pedulikan balaci-balacinya, mereka itu tak tahu apa satu! Lebih-lebih lagi bab-bab agama.. Jahil sangat!
Sobat baru saja selesai membaca :
Perangai Buruk Dalam PH? Siapa Agaknya? Lihat Ini Kata Wan Saiful..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Perangai Buruk Dalam PH? Siapa Agaknya? Lihat Ini Kata Wan Saiful.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Perangai Buruk Dalam PH? Siapa Agaknya? Lihat Ini Kata Wan Saiful.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/08/perangai-buruk-dalam-ph-siapa-agaknya.html
