Judul : Nabila Huda Keluarga Berantakan? Lihat Solosi Penyelesaian Ini..
link : Nabila Huda Keluarga Berantakan? Lihat Solosi Penyelesaian Ini..
Nabila Huda Keluarga Berantakan? Lihat Solosi Penyelesaian Ini..
HALAMAN HIBURAN
Adakah ini contoh keluarga berantakan? 'Dah tiga tahun saya tak jumpa papa'?
KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mendedahkan tidak pernah bertemu bapanya, Amy Search sejak tiga tahun lalu hingga terbit rasa rindu terhadap legenda rock itu. Sambil mengakui hubungan mereka dingin sejak beberapa tahun lalu, Nabila, 34, bagaimanapun percaya kemelut yang melanda akan berakhir, suatu hari nanti.
"Terengganu sasar bina semula keluargaan melalui perkahwinan ibu, bapa tunggal'
Adakah ini solusi penyelesaian jangka panjang sistem keluarga yang berantakan di negara ini? Lihat Ini..
Kerajaan negeri Terengganu akan terus memperhebatkan program perkahwinan melibatkan ibu dan bapa tunggal di seluruh negeri bagi membolehkan 43,269 orang golongan itu membina kehidupan berkeluarga yang lebih baik.
Menerusi program yang dimulakan pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan insentif RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin kembali menjalani kehidupan berumah tangga.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata setakat Jun tahun ini, 35,426 ibu tunggal dan 7,843 bapa tunggal di negeri ini telah berdaftar dengan program itu.
"Jumlah ini sebenarnya tidaklah terlalu ramai jika dibandingkan nisbah penduduk Terengganu keseluruhannya. Namun kerajaan negeri akan terus menyediakan pelbagai insentif kepada mereka untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negeri ini.
Program insentif perkahwinan ibu tunggal dan bapa tunggal sebanyak RM1,000 seorang ini misalnya adalah satu sumbangan permulaan yang baik daripada kerajaan negeri untuk membantu mereka memulakan kehidupan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan cek sagu hati perkahwinan kepada 117 ibu dan bapa tunggal di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) , Mohd Shafaruddin Mustaffa.
Ketika ini, 311 ibu dan bapa tunggal telah menerima insentif sebanyak RM1,000 seorang itu.
Hanafiah berkata kebanyakan ibu dan bapa tunggal di Terengganu adalah mereka yang kematian pasangan masing-masing dan hanya sebahagian kecil sahaja yang bercerai.
Ditanya mengenai kemungkinan berlaku perbuatan tidak bertanggungjawab yang memperalatkan ibu atau bapa tunggal ini semata-mata untuk mendapatkan wang insentif itu, Hanafi berkata hanya satu kes dilaporkan kepada YPKT setakat ini.
"Ia hanya kes terpencil di mana berlaku perceraian setelah pasangan mereka menerima wang ini... mungkin memang setakat itu sahaja jodoh mereka. Apa pun, kerajaan negeri akan sentiasa melaksanakan pelbagai program pasca perkahwinan kepada mereka agar perkahwinan itu kekal ke akhir hayat," katanya.
- Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya bersetuju dengan pandangan 'Membina keluarga boleh memperkuatan negara'. Langkah kerajaan Terengganu itu suatu langkah terpuji untuk membina masa depan kekeluargaan Islam yang cemerlang, di Malaysia.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis (1)
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis (1)
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)
Sobat baru saja selesai membaca :
Nabila Huda Keluarga Berantakan? Lihat Solosi Penyelesaian Ini..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Nabila Huda Keluarga Berantakan? Lihat Solosi Penyelesaian Ini.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Nabila Huda Keluarga Berantakan? Lihat Solosi Penyelesaian Ini.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/08/nabila-huda-keluarga-berantakan-lihat.html