Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM

Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM
link : Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM

Baca juga


Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM


PUTRAJAYA: Seorang bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, yang menulis surat kontroversi kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) sebelum PRU-14 meminta sokongan Amerika Syarikat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), ditahan jam 4.15 petang tadi selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini. Hasanah dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi mendapatkan perintah reman. Penahanan itu dilakukan sehari selepas SPRM menahan timbalan ketua pengarah bahagian sama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga bergelar Datuk bersama enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) bahagian berkenaan bagi membantu siasatan kes yang sama. Timbalan ketua pengarah itu bersama enam PTD terbabit yang berusia antara 34 hingga 49 tahun ditahan di Kompleks B, JPM serta Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam. Sumber memberitahu siasatan awal mendapati wanita itu bersama tujuh lagi pegawai kanan terbabit menyalahgunakan wang peruntukan itu bagi tujuan peribadi. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan penahanan bekas ketua pengarah terbabit. “Suspek (bekas ketua pengarah) akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, timbalan ketua pengarah bahagian itu serta enam PTD terbabit direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan yang membabitkan nilai jutaan ringgit. Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, selepas membenarkan permohonan SPRM. Difahamkan, suspek masing-masing menjawat jawatan Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B. Suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan di Kompleks B, JPM serta Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam. Semua suspek yang berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari tiba di Kompleks Istana Kehakiman di sini, jam 9.05 pagi diiringi pegawai SPRM. Awal bulan ini, seramai 15 pengawal keselamatan di JPM ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta. Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 12 Ogos lalu.


Sobat baru saja selesai membaca :

Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/08/bekas-ketua-pengarah-organisasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :