Judul : Terengganu Teroka Bidang Tenaga Diperbaharui..
link : Terengganu Teroka Bidang Tenaga Diperbaharui..
Terengganu Teroka Bidang Tenaga Diperbaharui..

KEMAMAN – Kerajaan Terengganu bertekad untuk menerokai bidang tenaga diperbaharui seperti tenaga solar bagi menjana pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bidang itu sudah lama bertapak di luar negara tetapi agak baru di Malaysia kerana kekangan beberapa faktor termasuk kepakaran tenaga mahir yang terhad.


“Sebelum ini kebergantungan lebih kepada sumber asli seperti arang batu, petroleum dan sebagainya. Dalam menggunakan tenaga diperbaharui, dengan sendirinya membantu bukan sekadar untuk memahami teknologi tetapi juga sediakan peluang ekonomi kepada rakyat.
“Terengganu antara yang terlibat dalam bidang berkenaan dan tenaga diperbaharui ini banyak termasuklah tenaga solar dan tenaga angin yang kita kenal pasti boleh diterokai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 megawatt di Teluk Kalong di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Noor Fadzil Mohamed Nor.
Ahmad Samsuri berkata Projek Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 megawatt yang dibangunkan EPIC itu adalah terbesar di Malaysia.
Kawasan berkeluasan 28 hektar itu dibangunkan dengan kos RM68 juta dan beroperasi secara rasmi pada 23 Mac lepas.
“Pembangunan sistem solar berskala besar ini dijangka memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik dan dijana daripada sumber mesra alam.
“Melalui teknologi ini juga ia mampu memacu pertumbuhan ekonomi di mana inovasi dalam bidang ini bukan sahaja diguna pakai oleh industri malah membawa manfaat kepada pengguna,” katanya. –BERNAMA
Sobat baru saja selesai membaca :
Terengganu Teroka Bidang Tenaga Diperbaharui..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Terengganu Teroka Bidang Tenaga Diperbaharui.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Terengganu Teroka Bidang Tenaga Diperbaharui.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/07/terengganu-teroka-bidang-tenaga.html