Judul : Peranan Jakim Akan Dikaji Semula. -Tun M
link : Peranan Jakim Akan Dikaji Semula. -Tun M
Peranan Jakim Akan Dikaji Semula. -Tun M

PUTRAJAYA 30 Mei - Kerajaan akan melihat semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan jabatan itu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah itu dibuat bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal ditubuhkan.
"Kita akan tentukan di negara ini Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Jakim ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Sebelum itu ia dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (Baheis).
Ditanya mengenai kontroversi tu tuntutan Hindraf yang mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum Dr. Mahathir berkata, perkara itu tidak dibincangkan.
Mengulas mengenai cadangan memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) beliau berkata, kerajaan akan menyemak semula peranan dan fungsi jabatan tersebut.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah 'Sayangi Malaysia'.-UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Peranan Jakim Akan Dikaji Semula. -Tun M
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Peranan Jakim Akan Dikaji Semula. -Tun M dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Peranan Jakim Akan Dikaji Semula. -Tun M link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/07/peranan-jakim-akan-dikaji-semula-tun-m.html