Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa?

Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa?
link : Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa?

Baca juga


Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa?




MAHLIGAI rumahtangga yang dibina atas dasar cinta tapi tanpa restu keluarga pengantin lelaki menggemparkan Pakistan apabila ibu pengantin lelaki dirogol secara beramai-ramai oleh saudara-mara pengantin perempuan.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Meer Hazar Khan, Muzaffar Garh, Punjab. Pengantin lelaki, Faisal Riza Pichaar mengahwini Shaheen atau Shano pada 2 Mei 2018 di mahkamah. 

Namun, sebaik selepas mereka melangsungkan perkahwinan, pasangan itu mula menerima ugutan melalui panggilan telefon daripada keluarga pengantin perempuan. Pihak keluarga perempuan tidak gembira dengan perkahwinan yang dilangsungkan dan mereka ingin membalas dendam.

Kemudian, seorang lelaki bernama Abdul Kareem dan beberapa lagi anggota keluarga pengantin perempuan muncul di kediaman Pichaar pada 3 Jun lalu. Mereka memecah masuk ke dalam rumah tersebut dan mencuri wang tunai serta barangan perhiasan dari rumah itu.

Insiden berlaku di Muzaffar Garh.

Mereka turut menculik pengantin perempuan dan ibu mertuanya ke sebuah lokasi. Ibu Faisal Riza dirogol oleh beberapa lelaki yang dikenal pasti sebagai Zahid, Shakil, Zafar dan Aamir.

Mereka turut merakamkan aksi tersebut menggunakan telefon bimbit. Susulan kejadian itu, Shano tidak lagi menghubungi pihak pengantin lelaki ataupun suaminya. Bapa Faisal Riza, Hajra Kausar Pichaar melaporkan tentang kejadian itu di balai polis Beet Meer Hazar bersama isterinya yang dirogol secara ganas oleh suspek.

Hajra Kausar memberitahu polis, Faisal mengahwini Shano iaitu anak kepada lelaki dari kampung Mela Chica, Gulam Fareed Mohaana dalam satu majlis yang sah. Dia mahu tindakan diambil ke atas lelaki-lelaki yang menyerang dan merogol isterinya.

Bagaimanapun, pihak polis seakan-akan enggan memberikan kerjasama atas alasan tiada bukti yang boleh digunakan untuk mengaitkan perogol-perogol terbabit. Laporan Maklumat Pertama (FIR) berkaitan kejadian itu mempunyai beberapa nama yang berbeza daripada nama yang dilaporkan oleh mangsa.

Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai masalah keluarga dan tidak mengambil tindakan serius mungkin disebabkan ia merupakan perkahwinan atas dasar cinta. - Desiblitz

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan Pakistan sebagai Republik Islam, tapi mengapa tiada berlaku sistem perundangan Islam di sana?



Sobat baru saja selesai membaca :

Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kahwin Atas Dasar Cinta Tapi , Ibu Pengantin Dirogol Beramai-ramai. Mengapa? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/07/kahwin-atas-dasar-cinta-tapi-ibu.html

Subscribe to receive free email updates: