Judul : Mana Islam Dalam Agenda DAP? Sekular Macam BN Juga?
link : Mana Islam Dalam Agenda DAP? Sekular Macam BN Juga?
Mana Islam Dalam Agenda DAP? Sekular Macam BN Juga?
MANA Islam dalam agenda DAP? Silarujuk matlamat-matlamat yang terkandung dalam Perlembagaan parti DAP.
Rupanya, tidak ada satu pun daripada 18 Matlamat pada dokumen itu menyebut mengenai agama Islam, apatah lagi sebarang pendirian untuk pertahankan kedudukan agama ini.
Sebaliknya, perlembagaan parti berkenaan yang merupakan doktrin begitu penting kepada ahli-ahli parti itu lebih menyerlahkan semangat sekularisme iaitu ke arah kesaksamaan yang menjunjung hak asasi manusia.
Berikut merupakan perkara kedua dalam matlamat yang digariskan parti itu:
‘Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia.’
Berkenaan hal agama, matlamat keempat dalam perlembagaan parti itu hanya menyatakan:
‘Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi.’
DAP hendak berdabik dada dengan komposisinya yang pelbagai kaum namun dalam negara yang majoritinya merupakan penduduk beragama Islam, parti itu tidak dapat memberi penyelesaian politik kepada kunci keamanan dan kestabilan di negara ini.
Menerusi perlembagaannya, parti itu hanya dapat menyatakan ia mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tetapi ia tidak mampu menyatakan secara bertulis dalam hal yang sama mengenai kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Maka, tidak hairanlah daripada mana datangnya punca perdebatan yang sering ditimbulkan pemimpin-pemimpin DAP mengenai kedudukan Islam di negara ini sehingga tidak pernah tenggelam polemik perkara berkenaan.
Usahkan biarkan formula DAP yang terkandung dalam gabungan pembangkang PKR meranapkan rakyat dan negara tercinta ini. (IH)
Ikuti selanjutnya..
Ikuti selanjutnya..
Sobat baru saja selesai membaca :
Mana Islam Dalam Agenda DAP? Sekular Macam BN Juga?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mana Islam Dalam Agenda DAP? Sekular Macam BN Juga? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mana Islam Dalam Agenda DAP? Sekular Macam BN Juga? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/05/mana-islam-dalam-agenda-dap-sekular.html


