Judul : Anak Nik Aziz Nafi Sertai Amanah, Tanding DUN Chempaka.
link : Anak Nik Aziz Nafi Sertai Amanah, Tanding DUN Chempaka.
Anak Nik Aziz Nafi Sertai Amanah, Tanding DUN Chempaka.

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari menjadi tumpuan selepas beliau dikatakan bakal menyertai Amanah dan bertanding DUN Chempaka, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil menafikan “khabar angin” itu.
Nik Omar berkata beliau masih lagi ahli PAS dan tiada rancangan untuk bertanding di kerusi ayahnya atas tiket PKR.
“Setakat ini tidak akan menyertai Amanah dan bertanding,” katanya.
Nama Nik Omar disebut-sebut apabila Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya sedang berunding dengan anak kedua Nik Aziz itu membawanya masuk parti.
Wan Rahim berkata Nik Omar mungkin akan dicalonkan di DUN Chempaka jika rundingan berhasil.
Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata Nik Omar belum disahkan secara rasmi akan bertanding sebagai wakil Amanah.
Adiknya, Nik Abduh yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS menafikan Nik Omar akan menyertai parti serpihan PAS itu.
“Tiada rundingan, keluarga kami menafikannya. Ini propaganda untuk pecah-belahkan rakyat Kelantan,” katanya.
Note: AMANAH kuat pembohong. Selepas apa pula di dibohongi oleh puak PAN?? Yang kena kencing pengikut HARAPAN. Dosa lagi boleh. Akhirat lagi nak jawab macam mana?

PRESIDEN PAS mengutuskan surat buat seluruh rakyat Malaysia dengan harapan seluruhnya turun mengundi pada 9 Mei ini dan melakar perubahan dengan memilih PAS sebagai teraju Kerajaan Malaysia. PRU14 – Inilah harapan PAS buat rakyat Malaysia
Baca selanjutnya.... Dapatkan Harakah Edisi Isnin Bil 2340 di pasaran sekarang!
Sobat baru saja selesai membaca :
Anak Nik Aziz Nafi Sertai Amanah, Tanding DUN Chempaka.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Anak Nik Aziz Nafi Sertai Amanah, Tanding DUN Chempaka. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Anak Nik Aziz Nafi Sertai Amanah, Tanding DUN Chempaka. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/04/anak-nik-aziz-nafi-sertai-amanah.html