Judul : Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa?
link : Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa?
Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa?

KEGIATAN bot penambang berkurangan sejak laporan pembongkaran BH mengenai penyeludupan sempadan. - Foto Fathil Asri
RANTAU PANJANG: Kawalan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan Kelantan-Thailand sejak tahun lalu, menyebabkan kawasan itu lengang kerana hampir tiada lagi aktiviti menyeberang Sungai Golok.
Tinjauan di sekitar pangkalan haram sepanjang Sungai Golok di pekan Rantau Panjang, hari ini, mendapati puluhan bot penambang tersadai di tebing berikutan tiada pelanggan mahu menyeberangi ke negara jiran.
Rata-rata penduduk kawasan itu mendakwa situasi terbabit berlaku sejak pembongkaran BH mengenai penyeludupan sempadan sehingga ATM menutup 129 pangkalan haram di negeri ini, Julai tahun lalu.
Seorang pengusaha bot penambang yang mahu dikenali sebagai Wan, 40, berkata anggota ATM melakukan rondaan sehingga lima kali sehari di kawasan sempadan menyebabkan orang ramai takut mendekati pangkalan haram untuk menyeberangi ke negara jiran.
Dia yang mengusahakan bot penambang sejak 15 tahun lalu berkata, keadaan itu menyebabkan kira-kira 10 pelanggan sahaja diperoleh sehari berbanding lebih 60 orang sebelum ini.
"Orang ramai sekarang takut untuk mendekati pangkalan haram kerana bimbang akan ditahan pihak berkuasa yang melakukan operasi di kawasan sempadan. Situasi ini menyebabkan saya susah untuk mencari makan kerana bergantung sepenuhnya kepada hasil tambang RM2 seorang untuk menyeberang.
"Hanya beberapa penduduk yang berani untuk membeli-belah. Itu pun pada hari tertentu sahaja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Penduduk yang enggan dikenali mendakwa, orang ramai yang sebelum ini setiap masa menyeberangi ke negara jiran, kini sudah tidak berani berbuat demikian.

"Tidak dinafikan, ramai yang melakukan penyeludupan melalui pangkalan haram kerana jarak sempadan yang dekat. Namun sekarang, anggota ATM kerap melakukan rondaan menyebabkan ramai yang tidak berani lagi mendekati pangkalan haram.
Seorang lagi penduduk mendakwa, keadaan sempadan Kelantan-Thailand dilihat lebih aman berbanding sebelum kawalan ketat dilakukan kerana tiada lagi wajah tidak dikenali berulang-alik ke negara jiran dan mungkin membawa masuk barang terlarang. (BH)
Lihat sebelum ini...

Sobat baru saja selesai membaca :
Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/02/sempadan-sungai-golok-sunyi-mengapa.html