Judul : Pasangan Menari Tepi Jalan Raya, Siasat &Tangkap.
link : Pasangan Menari Tepi Jalan Raya, Siasat &Tangkap.
Pasangan Menari Tepi Jalan Raya, Siasat &Tangkap.

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan siasatan segera dan menangkap satu pasangan yang dirakam menari di tepi jalan raya di negara itu.
Akhbar Okaz melaporkan, seorang lelaki dan wanita menari di laluan pejalan kaki di bandar Abha, manakala orang ramai merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
Apabila video itu tular di media sosial, Gabenor wilayah Asir, Putera Faisal bin Khaled mengarahkan kejadian itu disiasat.
Video itu juga mencetuskan perbalahan di media sosial dengan ramai yang beranggapan tindakan pasangan itu tidak senonoh.
Ketua pejabat media gabenor, Saad Al Thabet dalam satu kenyataan memberitahu, satu arahan dikeluarkan untuk pasangan itu ditangkap segera.
Menurutnya, apabila ditangkap pasangan berkenaan akan dibawa ke pendakwa raya untuk didakwa di mahkamah.
“Sikap pasangan itu yang tidak beretika, bertentangan dengan ajaran Islam, adat dan tradisi di negara ini,” katanya. – Agensi/myMetro Online
Lihat sebelum ini...

Sobat baru saja selesai membaca :
Pasangan Menari Tepi Jalan Raya, Siasat &Tangkap.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pasangan Menari Tepi Jalan Raya, Siasat &Tangkap. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pasangan Menari Tepi Jalan Raya, Siasat &Tangkap. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/02/pasangan-menari-tepi-jalan-raya-siasat.html