Judul : Mukhriz Calon MB Selangor?
link : Mukhriz Calon MB Selangor?
Mukhriz Calon MB Selangor?

SHAH ALAM: Langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berkemungkinan meletakkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon di Selangor adalah usaha Tun Dr Mahathir Mohamd menjadikan anaknya Menteri Besar.
EXCO Jabatan Penerangan UMNO Selangor, Norman Toha, berkata Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) melihat peluang itu selepas timbulnya situasi tegang ketika ini antara PKR dan Parti Amanah Negara (PAN), membabitkan pembahagian kerusi.
Katanya, langkah itu juga mungkin sebagai helah menolak calon Menteri Besar dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP jika pembangkang kekal memerintah.
"Jika tindakan ini diambil disebabkan rakyat Kedah sudah tidak dapat menerimanya, beliau perlu ingat rakyat Selangor juga begitu.
"Mana-mana kawasan pun, rakyat tidak mahu terima wakil rakyat yang jarang turun padang, tidak bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai desas-desus bahawa Mukhriz akan bertanding di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Norman yang juga bekas Setiausaha PAS Selangor, berkata beliau difahamkan rakyat Kedah terutama DUN Air Hitam sudah menolak Timbalan Presiden PPBM itu berikutan tiada tanggungjawab terhadap rakyat di situ.
Katanya, perkara itu bukan berlaku ketika hanya memegang jawatan ADUN, malah ketika menjadi Menteri Besar Kedah.
Ahad lalu, Dr Mahathir ketika ditanya pemberita, tidak menolak kemungkinan anaknya itu bertanding di Selangor dalam PRU-14 (BH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Mukhriz Calon MB Selangor?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mukhriz Calon MB Selangor? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mukhriz Calon MB Selangor? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/02/mukhriz-calon-mb-selangor.html