Judul : Tukar Agama Anak: M/Tinggi Syariah Di bawah Kuasa Sivil.
link : Tukar Agama Anak: M/Tinggi Syariah Di bawah Kuasa Sivil.
Tukar Agama Anak: M/Tinggi Syariah Di bawah Kuasa Sivil.

PUTRAJAYA - Selepas hampir sepuluh tahun, hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal.
Keputusan itu dibuat oleh panel lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sekali gus membenarkan permohonan rayuan M Indira Ghandi.
Hakim Tan Sri Zainun Ali yang membacakan ringkasan penghakiman daripada 99 muka surat berkata, pertukaran agama perlu mendapat kebenaran kedua-dua ibu bapa anak tersebut sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.
Bekas suami Indira, seorang mualaf Muhammad Riduan Abdullah atau nama sebelumnya K Pathmanathan menukarkan agama Tevi Darsiny, Karan Dinish, dan Prasana Diksa, ketika mereka masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan pada April 2009 selepas memeluk Islam.
Pada 30 Disember 2015, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 untuk mengembalikan semula sijil penukaran agama tiga anak itu yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini.
Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan bahawa penukaran agama tiga orang kanak-kanak adalah batal dan tidak sah merupakan satu pelanggaran Seksyen 50 (3) (b) (x) Enakmen Perak yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding semua pihak berkaitan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam dan pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu beragama Islam. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan bahawa penukaran agama tiga orang kanak-kanak adalah batal dan tidak sah. Bahkan ia merupakan satu pelanggaran Seksyen 50 (3) (b) (x) Enakmen Perak.
Iaitu enakmen yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding semua pihak.. Iaitu berkaitan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam dan pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu beragama Islam.
'Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil'. Beginikah taraf undang-undang Islam atau syariah di Malaysia? Sesuaikah dengan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan Perkara 3, Perlembagaan Malaysia?
Untuk menyelesaikan masalah-masalah begini di negara ini, orang ramai perlu memilih parti Islam memerintah Malaysia. UNDILAH PAS dalam PRU14 akan datang.

Lihat sebelum ini...

Sobat baru saja selesai membaca :
Tukar Agama Anak: M/Tinggi Syariah Di bawah Kuasa Sivil.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tukar Agama Anak: M/Tinggi Syariah Di bawah Kuasa Sivil. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tukar Agama Anak: M/Tinggi Syariah Di bawah Kuasa Sivil. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/tukar-agama-anak-mtinggi-syariah-di.html